12MAC..dalam post lepas bertajuk "fatimatuzahra binti sahwi" gua dah beritahu tujuan turun ke bumi di bawah bayu ini..sampai di airport KK lebih kurang pukul 11.30 pagi..masuk je flight di airport senai JB tak berlepas lagi pun gua dah tertido..memang betul2 mengantuk coz malam sebelum berangkat sepupu saudara telah kembali ke rahmatullah akibat pendarahan dalaman..Al Fatihah kepada Allahyarham Arifin bin Jaafar..gua sedar je dah hampir sampai di airport KK itupun nasib baik pramugari kejutkan..lebih kurang sejam gak gua tunggu mak ngah dan bun di airport KK coz flight diaorang dari KL belum sampai lagi..sebotol besar mineral water,biskut tiger dan sekotak rokok menjadi peneman setia..bun sampai terus dia call ejen kereta sewa dan selepas meletakkan barang kami menuju ke banglo sewa lebih kurang 5km dari airport KK dan di banglo sepupu2 gua yang lain kelihatan..mereka sehari awal sudah berada di sini..scene di KK lebih kurang sama dengan bandar2 di Malaysia ni..yang bezanya ramai penduduk disini menggunakan 4x4..jawapan yang gua terima dari saudara disini ialah kerana kebanyakan kampung2 disini jauh di pedalaman dan 4x4 memang sesuai dijadikan kenderaan rasmi untuk long distance..bermula dari hari menikah,malam berinai dan hari bersanding terlalu panjang rasanya untuk gua story dlm ni..gua dan yang lain juga tidak melepaskan peluang untuk berjalan dan operasi menghabiskan duit di sekitar deretan kedai2 yang menjual pelbagai barang kraftangan,makanan dan produk2 dari bumi di bawah bayu ini..sememangnya masyarakat di sabah tetap berpegang teguh kepada budaya mereka..bukan senang juga untuk gua kumpul bersama dengan keluarga mak ngah gua ni..kesempatan bersama walaupun singkat telah semakin mengeratkan hubungan sesama kami..bulan April ni majlis bagi pihak lelaki pula dan kami akan berkumpul semula di bangi..seperti yang gua katakan tadi terlalu panjang untuk diceritakan di dalam ini segala kenangan dan pengalaman sepanjang di sabah..di bawah gua selitkan beberapa gambar untuk tontonan..terima kasih diucapkan kepada cousin2 yang telah upload pic2 di dalam facebook dan gua dengan jayanya telah copy ke dalam ni..hehehe..tak banyak pic yang gua shoot coz gua telah diamanahkan oleh bun untuk pegang videocam..mahfi musykilah..
only love can make you smile...
tiada yang lain kaulah satunya dalam hidupku..
tetaplah menjadi bintang di langit agar cinta kita akan abadi..biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini..agar menjadi saksi cinta kita berdua..
abg amir,bun & pak long dengan wajah yang serius ibarat pahlawan melayu melangkah gagah masuk ke gelanggang..tapi yang buat tak menjadi bro afdal tengah pegang payung tu..
say cheese!!!
dhillon n team..gud job guys!!!mmg pro lah korang..
gua penat selepas shoot video..
memang best diaorang perform..orang2 lama..
kak nomi senyum dalam terpaksa..penatlah tu..
gambar bersama awek2 dari sukun kaum dusun..yang kat sebelah gua tu nakal sikit orangnye..
banner bun & cath sebelah papan tanda penyelenggeraan..susah nak tengok tu..
with cousin..nana & kak winda..
agak2 siapa yang pro???
banglo yang menjadi tempat kami menginap..
amacam???
banyak barang2 klasik dalam banglo ni..mencerminkan seni budaya di negeri Sabah.
ada 4 bilik tido dan 4 toilet..dapur dan ruang makan yang besar..ruang tamu yang selesa..awesome!!
bun tengah online tengok pakej yang disediakan untuk berbulan madu di bukit tinggi Indonesia..
gua dan bapa saudara cik tumin..bekas komando askar diraja Malaysia..tetap gagah seperti dulu..
scene dihadapan rumah pengantin perempuan Cath..awesome!!!
scene di kawasan belakang rumah..
riangnya kanak2 ini..
umbut kelapa..sungguh enak dimakan begitu saja..
udang fresh tu beb..baru tangkap kat laut..makcik2 kat situlah yang beritahu gua..kalau diaorang tipu gua pun tipulah..
akak ni sedang basuh udang sambil control ayu bila sedar gambar akan diambil..
"macam ni bun cara ikat kain sampin..dulu zaman cik tumin kahwin pakai kain sarung jer.."
pemerhati rasmi diimport dari bangi..
kumpulan marhaban..pertembungan diantara budaya orang Brunei dan kaum Kadazan..
bilik yang menjadi bilik rasmi untuk upacara berinai dan berbedak dan juga bilik untuk gua dan bun tido pada malam tu..tak boleh tido coz kat luar orang kampung karaoke sampai pkul 2.30...!!so,rokok,air mineral dan biskut gula menjadi peneman gua dan bun..
inai dan bahan2 lain yang digunakan untuk upacara berbedak..keris adalah sekadar hiasan..
bun telah dibedakkan dengan jayanya oleh kak lah & nana..walaupun budaya seperti ini pada mulanya telah menimbulkan sedikit rasa ketidakpuasan dalam hati gua tapi bila difikir balik ada kemanisan di sebalik yang berlaku..yelah,bila lagi adik beradik lain nak pegang lu punye badan bun dan pada malam tu kemesraan dan riang tawa jelas kelihatan pada kita semua..
suasana pagi di kampung air yang mendamaikan..kalau tak silap masa ni pukul 7.00 pagi tapi hari dah terang..pic diambil ditepi rumah Cath..
singgah sebentar di pasar Putatan..
air kelapa yang menjadi kesukaan gua..yeargh!!selain tu gua suka gak air longan..hehe..
bun sedang membeli pisang..gua tanya kat makcik tu ada tak pisang 40hari??terus dia terdiam..baru gua sedar gua kat sabah sekarang..tak tahulah orang sabah panggil pisang 40hari tu pisang apa?
semuanya ada disini..
gua pun tak tahu binatang spesis ape yang dijual ni..?
bubu ikan yang tergantung di garaj banglo..besar beb!!
deretan ikan masin yang dijual..macam2 jenis ada..seperti biasa ikan masin terubuk yang menjadi idaman dihati gua..
penat shoping..huhuhu..
food court Tanjung Aru..
gambar ini diambil 2 minit selepas diletak di depan kami..sekejap dah setle!!!
sedang bersiap untuk bertolak ke kundasang dan ranau..
sepanjang perjalanan ini..lembah dan lurah kulewati..ketenangan yang kucari..belum ku temui..aiceh!!!
singgah di pekan nabalu..
buah nenas menjadi simbol bagi pekan ini..
kedai kraftangan dan cendermata..
juicy and sweet!!!
serang!!!! operasi menghabiskan duit..
kak nomi mengajarkan cara bagaimana untuk shoping sambil mendukung anak..
singgah di pekan Kundasang..nasib baiklah kemudahan untuk memasak kurang kat banglo..kalau tak gua dah shoping kat sini..
orang sabah panggil ni Bontot Ayam..sedap beb..
upacara santapan..
memang cantik view di pekan Kundasang ni..gunung kinabalu betul2 berada di depan mata..
koboi Malaya..
selamat datang ke pekan Ranau..
sebelum bertolak pulang..bro ud jadi hero kami drive pada malam itu..gua tertido dan bila sedar dah sampai kat banglo..huhuhu..
setelah penat berjalan inilah santapan untuk dinner kami..yummy!!!
operasi terakhir gua dan yang lain untuk menghabiskan duit..
bersama kak winda dan anaknya mahdi..baju semua dah kotor..gua pakai seluar baju melayu dan baju band Upon Arrival..malay culture + METAL..
ikan masin yang digantung pada pokok..seni tu..
abalone..ada berani nak beli???
selamat tinggal bumi Sabah..gua akan kembali..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment