Wednesday, March 10, 2010

Hijrah..

Awal pagi lagi ketika baru masuk melangkah ke ofis hp gua berbunyi terpampang no telefon farah..tujuan farah telefon menanyakan tentang plan gua untuk bercuti di Bali pada bulan 7 ini bersama dengan team dari KL..jawapan gua juz wait n see..jawapan yang telah membuatkan farah mula membebel dan seperti biasa gua akan meletakkan hp di atas meja malas nak dengar dia membebel..hehehe..gua angkat balik hp farah dah off line..termenung sebentar gua di atas kerusi sambil mengenangkan kembali bagaimana titik permulaan perkenalan gua dengan farah..seorang perempuan yang layak gua anggap sebagai akak gua sendiri..jika mahu diceritakan semua tentang bagaimana kami boleh berjumpa sehinggalah sekarang gua rasa patah jari gua nak menaip..cukuplah sekadar gua dan kenalan rapat yang lain tahu..pada minggu lepas ketika gua bertemu dengan farah di KL sampai sahaja di pagar rumah yang menyambut ialah buah hati gua iaitu twins..anak kepada arwah sahabat yang gua dan farah telah berjanji untuk menjaganya..Alhamdulillah walaupun pada mulanya berbagai masalah dan pancaroba yang datang dalam menunaikan janji gua dan farah kepada arwah tetapi berkat kesabaran kami hadapi juga..bagi gua twins seperti anak sendiri walaupun gua belum berkahwin dan mereka berdua adalah sumber semangat gua selama ini..sudah semakin besar melihat mereka dan panggilan PAPA yang diucapkan twins telah membuatkan gua rasa sudah terubat rindu dihati untuk berjumpa mereka..farah keluar dari pintu rumah dengan senyuman di wajah..walaupun ketika dia marah muka macam singa tetapi ada kemanisan dan kelembutan di sebalik wajah tersebut..gua perhatikan farah dengan penampilan yang baru..sejuk hati gua melihat perubahan dalam diri farah..jauh berbeza dengan farah yang gua kenal dulu..dengan rambut paras bahu,jeans ketat dan baju berlengan pendek,beg brand LV sentiasa di bawa kehulu hilir cukup berbeza penampilan yang sekarang..berjubah panjang dan bertudung labuh sehinggakan sehelai rambut pun tiada kelihatan..kelembutan jelas didengar pada setiap patah perkataan yang diucapkan..gua tak pernah bertanya pun kepada farah mengapa dan kenapa boleh berubah seperti itu..?sebaiknya biarlah gua mendiamkan diri sahaja..ketika gua mula2 mahu keluar dari zaman kejahilan dulu farah tidak pernah melarang malah semakin memberi galakan..walaupun gua sedar apabila hijrah yang bakal gua lakukan ini akan membuatkan gua mungkin akan kehilangan sahabat2 yang tidak memahami,akan kehilangan job besar dan bermacam lagi tetapi hati gua memang sudah betul2 nekad mahu berubah..dari situ bermulalah perjalanan gua merantau dalam mencari kembali identiti diri gua dan belajar untuk muhasabah diri..farah lah orang yang selalu bertanyakan khabar dan memberi segala keperluan termasuk duit jika gua perlukan..sahabat2 yang lain?ada juga yang membantu dan ada sesetengahnya yang hanya melihat..terlalu panjang jika ingin diceritakan tentang perjalanan hidup gua dulu..rasa sakit,manis,kelat,payau semua sudah gua rasai..sekarang farah mengikut jejak gua..bukan farah sahaja malah ramai lagi sahabat2 sezaman jahiliyah gua dulu sudah kembali ke dasar islam..Allah telah memakbulkan doa yang selalu gua minta di depan kaabah dulu agar dibukakan pintu hati sahabat2 yang lain..menangis kegembiraan melihat mereka..walaupun farah dengan identiti baru tidak sedikit pun hati gua ini merasa ingin semakin jauh tetapi merasa ingin semakin dekat dengan farah..seorang yang telah gua anggap sebagai akak gua sendiri..sekarang farah sudah maju dengan biz sendiri dan gua pun alhamdulillah dengan rezeki yang telah diberi kami bersama menjalani hidup yang lebih tenang sekarang..titik permulaan perjalanan hijrah itu walaupun ada yang menyakitkan tetapi akhirnya ketenangan dan kedamaian di penghujung jalan..sebelum menulis gua call farah tadi minta keizinan ingin meletakkan pic dia di dalam blog gua ni..jawapan yang gua terima "don`t you dare!"ok,gua faham..jika berjalan di area Seri Kembangan nampak kereta MYVI warna hitam dan nombor pendaftaran WSG7*** dan di dalam tu seorang perempuan apabila sedang drive muka serius jer..itulah FARAH!!!hehehehe...kepada farah..terima kasih gua ucapkan kerana telah banyak berkorban dan bersabar dengan gua..tahniah gua ucapkan kerana sudah berjaya berubah menjadi seorang muslimah sejati..

teman,
kita paterikan disini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufik ilahi








No comments:

Post a Comment