Pagi tadi ketika sedang asyik bersarapan di kedai biasa tiba2 terdengar suara memanggil nama gua..rupanya seorang sahabat yang sememangnya lama sudah tidak bertemu..gua ketepikan sebentar laksa Johor dan teh tarik..sahabat gua ini bekerja di pejabat agama Johor..selepas bercerita tentang perkembangan terbaru diri masing2 gua pun bertanya apa yang sibuk sekarang orang kerajaan di ofis?terus beliau menjawab sekarang sedang sibuk dengan kes2 tangkapan khalwat dan zina yang akan dibawa ke mahkamah dan kes anak luar nikah yang semakin meningkat..tersentak gua mendengar..di dalam hati gua menangis terkenangkan aqidah remaja sekarang yang mudah terpesong dari ajaran islam sebenar..siapa yang patut dipersalahkan?di dalam media massa sibuk wakil2 kerajaan bercakap tentang menjadi Juara rakyat dan gagasan 1malaysia..gua sengaja sebut Kerajaan kerana selama ini pihak kerajaan sendiri dengan rasa bangga menyatakan kepada seluruh dunia Malaysia ini adalah sebuah negara Islam..dimana syiar dan daulah islam yang syumul di Malaysia???kerana bagi gua jika sesebuah negara itu betul2 mengamalkan sistem pentadbiran yang berlandaskan islam isu ini tidak akan timbul..gua pernah menetap di luar negara dan banyak kali juga berjalan di ke negara orang..pernah satu hari ketika gua berada di negara China gua terserempak dengan seorang rakyat malaysia yang berbangsa cina duduk bersama makan di sebuah restoran halal disana..selepas memperkenalkan diri dan berkenalan serba sedikit gua pun bertanya kepada beliau buat apa disini?terus berubah air muka beliau..lama juga gua menunggu jawapan yang keluar dari mulut beliau..tiba2 beliau menjawab saya memeluk islam disini sambil mata beliau terus memerhatikan gua..mungkin beliau beranggapan gua akan tanya soalan kenapa tidak memeluk islam di Malaysia?tetapi gua tidak akan bertanya soalan itu kerana sememangnya gua tahu syiar dan daulah islam tidak kuat di negara gua sendiri..apa yang gua lihat di negara2 yang tak mengaku pun negara mereka adalah sebuah negara islam tetapi daulah islamiyah di negara2 tersebut cukup hebat..dimana silapnya?berbalik semula kepada isu zina dan anak luar nikah yang semakin meningkat sekarang..beberapa minggu lepas heboh satu Malaysia tentang kes seorang bayi yang baru lahir telah dibakar..sememangnya itu adalah isu besar dan media massa sibuk mencari wakil2 untuk menjadi hero bercakap di TV mengenai isu tersebut..ketika satu malam selepas solat maghrib macam biasa gua melihat berita di TV..tiba2 keluar wakil dari wanita UMNO Johor bercakap kepada pasangan yang terlanjur janganlah buang atau bakar bayi anda tetapi berilah kepada kami Wanita UMNO Johor untuk menjaganya..bercakap seperti seorang yang tiada agama!!!pada waktu itu gua minta janganlah Syeikh Yusof Al Qardawi melihat rancangan ini..maaf dipohon kepada wanita UMNO Johor diatas kekerasan bahasa gua tadi..tetapi itulah yang terjadi apabila islam ditolak di dalam sistem pemerintahan di bumi yang bertuah ini..teringat kata2 dari ustaz Nursalam Al Hafiz "jiwa yang sakit dan hati parah tiada ubatnya melainkan kembali ke jalan Allah"Allah SWT telah menjadikan islam ini sebagai sebuah agama yang mencukupi dalam segala hal ekonomi,sosio politik dan perundangan..islam itu indah,islam itu suci,islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya..mengapa dasar barat juga yang menjadi sumber kepada malaysia yang dengan bangganya telah mengaku ini adalah negara islam..gua tak nampak cadangan dari wanita UMNO johor itu adalah jalan penyelesaian..yelah,lu dah berzina kemudian mengandung dapat anak jangan nak peningkan kepala nak gugur atau buang tetapi berilah kepada wanita UMNO Johor..then lu berzina lah lagi dan jangan risau tentang bayi yang akan dilahirkan kerana ada yang akan menjaganya..itu yang kita semua mahu???jalan penyelesaian bagi masalah ini ialah kembali dan cuba fahami islam itu sendiri..usah berbangga dengan berkata di malaysia ini islam itu sudah cukup kuat..setakat forum perdana di TV pada setiap malam jumaat dan kuliah di masjid dan surau itupun ditapis dulu penceramahnya..satu lagi gua lupa nak beritahu..diwajibkan membaca surah yassin pada malam jumaat di setiap masjid..dimana tarbiyah islam sebenar yang disampaikan kepada golongan2 yang terpesong ini?bab hiburan gua tak payah nak ceritalah..semuanya program2 yang semakin melalaikan dan menghanyutkan lagi para remaja ke lembah kejahilan..gua bukan nak jadi raja penghujah di dalam hal ini tetapi gua menulis berdasarkan logik akal dan sedikit ilmu yang gua pelajari..janagnlah bercakap seolah kamulah yang lebih memahami dan ada formula penyelesaian..bercakaplah dengan meletakkan akal di depan nafsu bukan nafsu di depan akal..lu tolak sistem islam,tolak pendapat2 ulama,tolak hadis dan sunnah tiba2 lu nak mengaku ada jalan dan caranya..diantara tanda2 kiamat itu semakin hampir apabila kata para ulama tidak lagi didengar..cara apa lagi yang lebih berkesan selain berpandukan kepada Al Quran dan sunnah?nasihat gua kepada semua remaja yang sememangnya kalian adalah sahabat gua juga..jika selama ini kalian sudah merasai betapa seronoknya melakukan kemungkaran dan kemaksiatan..marilah bersama kita merasai pula betapa manisnya rasa keimanan itu,betapa indahnya rasa ketaqwaan itu dan betapa rindunya hati ini untuk melakukan ibadah itu..masih belum terlambat wahai semua sahabatku..
-Gua yang masih lagi jahil menulis-
Yang mana satu idaman kalbu??
Tangkap keli dapat haruan
makan bersama sambal tumis
Al Quran dan sunnah jadikanlah panduan
apa yang ada pada sebilah keris?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment