Friday, March 12, 2010

PAS Johor Bahru akan bertanding di Dun Tg Puteri, InsyaAllah...

Baru-baru ini satu perbincangan dan lawatan kerja telahpun selamat disempurnakan oleh pimpinan PAS Johor kepada pimpinan dan ahli-ahli PAS Johor Bahru dalam rangka lawatan mereka ke 26 kawasan parlimen negeri Johor.

Lawatan ini diketuai sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Johor Dato Dr Mahfodz Mohamed, Timbalan Pesuruhjaya Ust Atan Gombang, Ketua Dewan Ulama Ust Abdullah Hussin dan Setiausaha Perhubungan Negeri En Amin Sairan.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk PAS negeri mendapat sendiri maklumat terus dan juga bersifat dalaman tentang persediaan PAS Johor Bahru untuk pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

Hadirin diberikan maklumat dari fakta sejarah sejak tahun 1953 PAS Johor Bahru telah ditubuhkan menjadikan kawasan ini adalah kawasan pertama di Johor ditubuhkan PAS dan majoriti ahlinya ketika itu adalah kelasi-kelasi TLDM yang berpangkalan di Woodlands, Singapura.




sumber dari : www.pasjohorbahru.com

No comments:

Post a Comment