Entah mengapa gua memilih tajuk ni untuk post yang terbaru dan yang akan gua bebelkan.ada 2 perasaan di dalam hati ketika mula2 gua nak menaip post ni..1st,gua rasa bangga dan teruja kerana scene music Malaysia semakin membangun sekarang dan 2nd gua rasa jelek dan menyampah melihat scene music sekarang yang semakin merapu..indie adalah singkatan bagi word Indiependent iaitu kebebasan..dalam scene music istilah indie digunakan bagi sesebuah band atau penyanyi yang tidak menggunakan saluran sedia ada untuk menyampaikan music mereka tetapi semuanya diatas kreativiti dan cara mereka sendiri untuk memperkenalkan music yang dibawa..seingat gua istilah indie ini tidak digunakan dulu..istilah yang digunakan untuk pemuzik seperti ini dahulu ialah Underground..iaitu golongan pemuzik yang bergerak di bawah tanah maksudnya golongan pemuzik yang bermain music mengikut acuan dan cara mereka sendiri tanpa bantuan dari mana2 komposer untuk menulis lirik dan semua urusan promosi album hanya diberikan kepada label2 yang kecil sahaja..kebanyakan lagu2 yang dihasilkan oleh pemuzik bawah tanah ini berkisar tentang realiti hidup yang disukai atau dibenci,sifat penentangan dan rasa ketidakpuasan hati terhadap sesuatu atau berkisar tentang semangat juang..cukup sedikit rasanya ketika itu golongan2 ini menghasilkan lagu2 yang jiwang meleleh..bila disebut band indie semua mesti tahu apa maksud indie di dalam music..zaman gua dulu irama seperti Metal,Hardcore,Punk dan banyak lagi telah dilabelkan sebagai muzik bawah tanah oleh para wartawan ketika itu..masih ingat lagi tentang isu Black Metal yang pernah dimainkan dengan cara yang bodoh wartawan suatu masa dulu?ketika itu gua masih lagi sekolah dan pernah dipanggil oleh cikgu gua kerana terkantoi dalam beg bawa cd band The Pilgrims ke sekolah..terus gua di cop sebagai pengikut black metal..nak tergelak pun ada masa tu tapi nasib baik dapat control..gua tak salahkan cikgu tersebut kerana beliau hanya membaca di dalam zines atau paper ttg isu black metal tersebut..para wartawan pula dengan sesuka hati meletak dan melabelkan band2 underground ketika itu sebagai band black metal..band Koffin Kanser dan ACAB pun kene..!!punyalah cetek ilmu tentang music diaorang tu semua dan hanya tahu menulis tanpa mengkaji dahulu..mungkin dalam kepala mereka keuntungan hasil jualan majalah mereka lebih diutamakan dari menyampaikan cerita sebenar..masa zaman itu gua ingat lagi bagaimana susahnya golongan2 pemuzik seperti ini mahu bergerak untuk perjuangkan music mereka..nak buat Gigs jangan haraplah diberi kebenaran oleh pihak berkuasa..semua yang berambut panjang atau berpakaian serba hitam akan di cop dengan jayanya oleh golongan tersebut sebagai pengikut black metal..jika gua nak story tentang sejarah music metal terlalu panjang rasanya..next time k!!apa yang gua nak jadikan isu disini ialah tentang golongan ini yang waktu dahulu pernah menghentam pemuzik bawah tanah ini tetapi sekarang semua berebut mahu mengambil mereka untuk keluar majalah atau TV..selepas itu terus muncul satu lagi irama di Malaysia ini yang digelar Indie..gua nak tanya apa sebenarnya irama music indie itu??macam dululah apabila isu tentang irama Malaysia dipersoalkan..pada gua betul juga kerana pernah seorang bertanya pada gua apa irama music Malaysia?gua terkedu untuk memberi jawapan kerana setahu gua kebanyakan irama tradisional yang ada di Malaysia ini asalnya dari negara2 jiran..sebab itu Irama Malaysia telah ditukar kepada Etnik Kreatif dalam pertandingan anugerah juara lagu..sekarang apa irama music indie??jika dahulu golongan pemuzik seperti ini telah dianak tirikan di persada music tanah air dan sekarang mereka telah menjadi rebutan..dulu band2 yang menyanyikan lagu meleleh dan bergambar tanpa baju di tepi kolam renang telah dinaikkan nama mereka semua oleh para wartawan..tak perlulah gua sebut nama2 band tersebut lu semua pun kenal..yang makin gua sakit hati apabila ada pihak2 yang hanya memikirkan keuntungan mengambil kesempatan dan peluang apabila irama indie mula naik..di dalam TV pun kerap keluar iklan ingin mencari bakat2 baru untuk menubuhkan sebuah band baru indie..bukan indie lah tu namanya beb..walau bagaimanapun disebalik semua tu gua rasa gembira jugalah apabila scene music di Malaysia sekarang makin naik dan dapat menghalang sedikit pengaruh music dari luar lebih2 lagi dari Indonesia..gua akui ada sesetengah lagu2 dari negara seberang yang bagus..tetapi janganlah terlalu menerima kesemuanya sehinggakan band2 seberang yang tak kenal pun scene music di Malaysia ni dapat perhatian yang lagi baik dari band2 tempatan..Indonesia tu negara besar tak mustahil lah jika hanya 1% penduduk disana membeli album sesebuah band dah confirm band tersebut dapat double platinum..di Malaysia pula janganlah terlalu meramaikan lagi artis2..apa yang gua lihat setiap tahun lebih kurang 150 orang artis baru akan muncul melalui rancangan2 realiti..cukuplah tu beb..baik kerja kilang dari lu pikir nak jadi artis kat Malaysia ni..kualiti mesti lebih dipentingkan dari kuantiti..gua dulu pernah terlibat di dalam industri music ni so gua memang tahu bagaimana perjalanannya..zaman kegemilangan music di Malaysia suatu ketika dahulu tersangat gua rindukan..jika betul lu sokong irama music indie berilah peluang juga kepada band2 lain untuk kedepan..mereka semua sememangnya pure indiependent..teringat kata2 dari vokalis band ACAB.."jangan pandang pada penyampai tetapi pandanglah pada music"
- janji rock yang halal-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment