Sunday, March 7, 2010

Trip ke Sedili Kecil

Pada 27 Feb lalu gua dan beberapa orang wakil dari Dewan Pemuda PAS kawasan JB telah mengadakan trip ke kuala Sedili Kecil..sebenarnya trip ini bertujuan untuk survey dahulu tempat ini yang mungkin akan dijadikan program Rehlah bagi Dewan Pemuda PAS kawasan JB..dalam kepala gua lagi beberapa hari sebelum pergi ialah kalau tempat2 macam ni memang tiada aktiviti lain selain daripada memancing dan memukat ikan..memang tepat sangkaan gua..jika difikirkan balik memang sesuai tempat ini dipilih sebagai program Rehlah bagi jemaah Dewan Pemuda kerana bagi gua balik tangan tak kosong..berbanding jika pergi camping di kawasan hutan atau gunung..balik apa yang dapat?ni pendapat gua jelah..walau bagaimanapun keputusan akan dibincangkan di dalam majlis syura..perjalanan yang bermula dari Markaz Tarbiyah PAS kawasan Johor Bahru seawal pukul 7.30pagi..di bawah gua selitkan beberapa gambar untuk tontonan..walaupun sehari sahaja tetapi telah membuatkan kulit muka dan tangan gua jadi hitam sedikit..mahfi musykillah..



rimbunan pohon yang meneduhkan bumi dan dikelilingi suasana kampung yang mendamaikan jiwa dan menyejukkan mata melihat..perjalanan yang lancar dan terlalu tenang..



dalam perjalanan saudara eddy beritahu akan singgah di pekan sedili kecil untuk b`fast nasi dagang..dalam hati gua cakap sedap ke nasi dagang tu kerana kat jb memang susah untuk gua jumpa nasi dagang yang betul2 sedap..gua pun angguk ajelah kepala tanda setuju...ni pic makcik kat kedai nasi dagang tu..



Nah ini dia!!!memang sedap beb..kalau ikutkan nak tambah tapi sebelum bertolak tadi gua dah makan 2 bungkus nasi lemak..nanti berat pulak badan dalam air..kenapa lah eddy tak inform awal2 nak berhenti b`fast disini..huh!



jeti ke Sedili Besar..sekarang tidak berfungsi lagi jeti ini kerana jambatan penghubung telah dibina..



keropok ikan..gua sempat sambar 3 bungkus sebelum meneruskan perjalanan..keropok ikan tamban,parang dan kerisi..memang sedap!!!



sampai di rumah saudara Jo..merupakan sahabat seperjabat saudara eddy dan juga mastermind kami pada hari tersebut..



senyuman pagi..!! dari kiri berbaju kuning saudara Sanusi timbalan ketua pemuda PAS kawasan JB..saudara Muja AJK dewan pemuda juga selaku driver kami pada hari itu..saudara Eddy Naib Ketua Pemuda JB dan juga bendahari PASTI merangkap pengarah program pada hari tersebut dan saudara Taqi AJK dewan pemuda dan seorang pengusaha tapai ubi..hehe..



gambar adalah sekadar hiasan..



dalam perjalanan menuju ke pantai..



scene pagi di pantai yang mendamaikan..



sempat pose sebelum turun ke pantai..agak2 nya dalam pic ni badan siapa yang paling kecil?



kasut khas untuk turun ke pantai..pada mulanya gua tak nak pakai kasut tapi bila
dengar saudara Jo beritahu nanti boleh kene sengat ikan duri atau ikan sembilang
terus gua pakai balik..gua dah pernah kene sengat dulu..tak sakit pun tapi air mata
gua je yang mengalir masa tu..faham2 sendirilah..



saudara sanusi termenung kerana terlupa membawa kasut untuk turun ke laut..
terpaksalah pakai kasut kulit beliau..tak pernah dibuat orang pakai kasut kulit
dalam laut..hehehe...jangan marah ana beb..



Penerangan tentang cara pemasangan pukat dan taklimat keselamatan telah diberikan oleh saudara Jo kepada kami sebelum turun ke dalam air..



"dilarang sama sekali bagi kamu semua membuang air kecil atau besar ketika di
dalam laut"pesanan yang telah diberikan oleh saudara Jo kepada kami semua
sambil memegang sebatang kayu..



hasil tangkapan..dapatlah anak2 ikan tamban,parang,duri,gelama dan bermacam lagi..
goreng pun sodap!



kelihatan wajah keriangan saudara Taqi..gua baru dapat maklumat dari sumber yang
boleh dipercayai ini sebenarnya kali pertama beliau memegang ikan todak..kan
kembang hidung beliau tu tanda kebanggaan..



JKK kampung manalah ni???



hasil tangkapan kami setelah 3 kali pukat..dengan selamba dan macho saudara Jo
beritahu berat ikan di dalam jaring tu ialah 1okg walaupun beliau tidak
menggunakan alat penimbang..ilmu apa lu pakai???



segan rasanya apabila diberikan layanan yang terlalu baik oleh tuan rumah..
mee hoon goreng dan air sirap disediakan khas untuk kami setelah selesai memukat..
betapa syahdu dan damai rasanya minum air sirap di tepi pantai..pergh!!!



sampai di kawasan kelong pendaratan ikan milik seorang sahabat kepada
saudara eddy..



kelong ikan..tujuan kesini selain untuk membeli ikan siakap..diaorang nak mandi..!!!



pic ini diambil 20saat sebelum pertandingan berenang gaya bebas diadakan
diantara wakil penduduk kampung dan wakil dari Dewan Pemuda PAS JB..tak
perlulah rasanya gua beritahu siapa menang buat sakit hati jer..diaorang
anak nelayan beb..



kembali ke rumah keluarga Jo..di kawasan belakang kelihatan udang
pepai dijemur untuk dijadikan udang kering..



tuab rumah berbesar hati dgn menjualkan kepada kami semua
udang pepai dengan harga RM2 1KG..kt JB udang ni 1kg RM10..!



sedang menuju ke jeti tempat pendaratan ikan..



mula2 nak buat muka terkejut tapi nasib baik dapat control dpn
diaorang semua..ikan pari sebesar tong ais!!!gua rilek je tgk..



2 bro ni baru balik dari tgh laut..dengan semangat yang waja mereka
membawa naik hasil tangkapan ke atas jeti..
syabas diucapkan!



ikan2 yang masih fresh..macam2 ada..lu pilih jer..



gua sedang membeli ikan..murah beb! ikan senangin 1kg RM6..2kg wa beli..



lobster...YUMMY!!!



punya baiklah masyarakat di kampung ni..kami telah dijemput ke sebuah
majlis perkahwinan sebelum berangkat pulang..dah lama tak pergi kenduri kahwin yang masih lagi kekal dengan cara kampung..2 kali gua tambah nasi..hehe..terima kasih diucapkan kepada pengantin dan tuan rumah..



Selamat pengantin baru diucapkan kepada...sebenarnya gua tak tahu nama
pengantin ni..dtg nak makan jer..hehehe..maaf!didoakan agar jalinan kasih
diantara kalian berkekalan..amin..



scene dari atas bukit..pantai temelah..



memang cantik view di atas bukit ni..kat bawah tu lautan luas..
baru gua perasan dlm pic ni gua yang paling hensem..



singgah di pekan sedili besar pekene ABC dan rojak..syahdu..



sempoi plak pic ni..



ermmmmm...no komen!!!



Sempat pose sebelum balik



Proses pengagihan hasil tangkapan..

No comments:

Post a Comment