Monday, March 8, 2010
Fatimatuz Zahra binti Sahwi
Pada mulanya gua confius dengan awek yang seorang ni..kalau ikut nama macam keturunan arab tetapi setelah gua tahu rupanya bukan..ada banyak versi nama dia yang gua dengar..ada yang panggil ati,zahra,fatima dan imah..bagi gua nama imah memang sesuai dan dengan nama itu lah gua memanggil dirinya..bukan sebab nama beliau yang ingin gua jadikan isu disini..macam artikel politik plak?gua meletakkan nama dan pic beliau di dalam blog gua ni sebagai tanda rasa penghargaan dari gua kepada beliau..kami boleh dikatakan sudah lama mengenali..pada mulanya gua segan juga nak berkawan dengan dia ni kerana yelah gua ni pada masa itu baru lagi nak berhijrah dari zaman jahiliyah gua dulu..sebelum tu dah berapa ramai kawan perempuan yang gua kenal tetapi apabila mereka mengetahui tentang cerita zaman hitam gua dulu semua lari..secara jujur gua tak kisah pun tak dapat berkawan dengan spesis seperti itu..tetapi bagi seorang yang gua gelar Imah dia tetap ingin mendekati dan mengenali gua yang jahat lagi ganas ni..hehehe..kadang2 bila berjumpa gua buka lah sikit2 cerita tentang zaman kejahilan gua dulu tetapi dia tetap tersenyum dan tetap ingin berkawan dengan gua..ayat dia yang biasa gua dengar "semua orang pernah buat salah dulu"dah banyak kali rasanya gua dengar ayat tu dari mulut dia sendiri or dari setiap sms yang dia hantar..tak boring ke cakap yang sama??kami juga pernah digosipkan bersama..macam artis lah..siapa lagi yang menggosipkan kami kalau bukan dari saudara mara gua sendiri dan Farah!!!?kami pernah berbincang hal ini dan mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja..kadang2 diam itu lebih baik dari berkata..terus terang gua katakan disini yang gua selesa dengan dia sebagai seorang kawan sahaja dan tak lebih dari itu..dia pun beranggapan yang sama..tapi macam biasalah memang dah menjadi adat orang kita ni bila lihat kami berdua je mula lah gosip menjalar..gua dan imah buat tak tahu dengan cerita2 seperti itu..terlalu banyak ingin diceritakan tentang kami berdua..pernah bersama menjadi peneman jika saling memerlukan nasihat atau pandangan..pada 13 mac ini adalah hari perkahwinan imah dan pasangannya Ahmad Razali bin Taib..gua tak dapat datang kerana akan ke Sabah untuk satu program disana dan juga menghadiri perkahwinan sepupu gua Bunyamin..sebelum imah tetapkan date majlis dia memang gua dah lama confirm dengan Bun untk hadir ke majlis dia di Sabah dan ticket flight juga sudah ditempah..berat juga pada mulanya untuk gua inform pada imah tentang hal ini tetapi nasib baik dia dapat menerima..di dalam hati rasa terkilan juga apabila tidak dapat melihat sahabat baik pada hari perkahwinan..kalau gua ada memang gua akan jadi videoman pada hari tersebut dan akan merakamkan setiap waktu indah imah dan pasangannya..insyAllah pulang sahaja dari Sabah gua ada plan khas untuk imah..terima kasih kerana sudi menjadi seorang sahabat yang memahami..
bersama tunang dan bakal suami Ahmad Razali bin Taib
hanya kebahagiaan yang berpanjangan dan rasa keikhlasan di dalam perhubungan yang kupohon..amin..
Cinta itu ibarat petir tidak tahu dimana akan berlaku tahu-tahu sudah terkena
-rahsiakan pertunanganmu,hebahkan perkahwinanmu-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment