perjalanan balik dari penang ke KL yang memenatkan..gua berada di bandar penang selama 2 hari untuk berjumpa dengan bakal partner di dalam biz..tak perlulah rasanya gua nak story tentang hal tu disini..on d way perjalanan singgah sebentar di pekan Sungkai..sebuah bandar kecil yang telah banyak meninggalkan kenangan bagi gua..walaupun ada sesetengah orang menggelarkan pekan sungkai sebagai pekan koboi tapi peduli apa gua dengan gelaran orang2 tersebut..??selepas isi minyak kereta di petronas gua minum sebentar di warung hadapan..family gua pernah tinggal di felda gunung Besout lebih kurang 25km dari sungkai ini dan gua juga lepas habis sekolah terus bekerja di Trolak Country Resort (TCR) 5km dari sini..yups!!TCR..sekarang sudah ditukar nama kepada Trolak Residence..sebuah tempat yang telah banyak meninggalkan kesan dan kenangan yang mendalam kepada diri gua..tempat yang telah mengajar gua apa itu erti kawan,lawan,cinta dan kasih,toleransi,perhubungan dan bermacam lagi..senang disimpulkan disinilah tempatnya untuk gua belajar tentang hidup selepas zaman persekolahan..terdetik di dalam hati gua untuk singgah sebentar kesana berjumpa dengan sahabat2 lama yang masih kekal bekerja..tetapi jauh disudut hati timbul satu perasaan yang menghalang..gua teringat pada kak norli dengan gulai tempoyak ikan patin dan nasi kerabu..dah lama benar tak makan gulai patin tempoyak..teringat kepada abang epol seorang chef yang telah mendidik dan memperkenalkan pada gua tentang dunia Chef sehinggalah gua jadi seperti sekarang..mat noor sahabat dari Pahang yang pernah bersama dengan gua berkhidmat di Fraser`s Hill dan juga seorang yang gua anggap sebagai teman rapat..ida awek reception dan sekarang sudah pun berkahwin..angah seorang awek berbadan kurus dan suka menundukkan wajah ketika berbual..dulu selalu buatkan teh tarik untuk gua..sekarang ntah apa cerita?wan chu partner gua dalam kitchen dulu dan orang lama.. terlalu banyak nama2 untuk ditaip dan untuk gua perincikan di dalam ni..tetapi secara jujur dan ikhlas kalian semua tetap sentiasa di dalam ingatan gua..gua membesar di dalam persekitaran TCR yang tenang dan mendamaikan..rasanya setiap penjuru tempat dan sudut di kawasan itu telah gua jejaki dulu..ada sesetengah tempat yang telah meninggalkan banyak kenangan mendalam bagi diri gua..malas pulak nak story tentang tempat2 tu..ada kepahitan disebalik kemanisan..walaupun pada awalnya memang indah berada disana tetapi akhirnya gua melangkah keluar juga dari tempat itu..bila difikir balik semua diatas kesilapan gua dahulu..yelah,zaman baru nak mula matang mestilah nakal dan jahat sedikit..ada sesetengah perkara yang bukan diatas kesilapan gua tetapi diletakkan kepada gua juga..saat2 terakhir gua di bumi TCR sememangnya memeritkan..!!disaat gua memerlukan sahabat2 untuk memahami gua pada masa itu makin ramai pula yang lari..makin ramai yang terus membenci dan menghina gua..gua plak bukannya seorang yang perlu meratap atau merayu kepada seseorang untuk jadi kawan gua..ada juga yang memahami dan datang kepada gua..sehingga sekarang gua respect pada kawan2 tersebut..kepada yang campak dan buang gua dulu terima kasih gak gua ucapkan kerana kalian telah mengajarkan sesuatu kepada gua..sekarang gua dengan hidup sekarang yang mendamaikan..satu perkara yang gua sendiri akui ialah walaupun gua cuba sekuat yang mungkin untuk lari dari memikirkan atau mengenangkan perkara2 yang lepas semakin hampir perkara2 itu datang pada gua..ada sesetengah yang menjadi fobia pada gua sendiri..bila difikir balik betul juga lagu yang pernah dinyanyikan oleh Serieus Band bertajuk "Sendiri Itu Indah"gua sorang2 lagi best sebenarnya..tapi kadang2 boring juga dan memerlukan teman untuk bicara..tapi kadang2 rasa fobia plak nak berkongsi rasa dengan orang lain..Arghh!!!jawapnnya adalah pada gua sendiri..lama gak gua termenung di warung tu sampai tak sedar dah nak masuk waktu Asar..masjid di sungkai pun sekarang sudah berubah tempat dan lebih gah dari masjid yang dulu yang setiap kali hujan lebat akan banjir..gua juz berjalan kaki ke masjid sambil menghirup udara di pekan sungkai ini yang tidak banyak berubah sebenarnya..kereta yang lalu lalang sentiasa laju meninggalkan pekan sungkai ini untuk ke ipoh ataupun KL..tetapi bagi gua walaupun kecil ada sentimental value yang tersendiri..bumi Trolak pun begitu juga..akan ku kenang..dalam hidup ini walaupun kita semakin laju berlari untuk sentiasa kehadapan tetapi kadang kala kita perlu juga sesekali menoleh kebelakang untuk melihat ada apa2 tak yang tertinggal atau jadikan kenangan2 lama itu sebagai pengajaran untuk lebih muhasabah diri..hidup ini seperti aiskrim..selagi belum cair nikmatilah ia..
-aku dan kenangan-
walau rintangan menghadang jalan..kan ku tempuhi jua..
perjalanan yang tiada ku duga..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment