Wednesday, April 7, 2010
Terima Kasih
Ketika sedang menaip ni ntah dah berapa banyak komen,saranan dan pujian yang gua terima melalui inbox msg di FB dan email berkaitan dengan post gua yang lepas bertajuk "Bermula Disini"sesungguhnya gua betul2 merasa terharu dengan segala nasihat dan kata2 semangat yang telah diberikan oleh sahabat2 sekalian..gua ni juz orang biasa dan tak popular pun..ada yang mengatakan menangis bila membaca post tersebut..tak perlulah gua beritahu siapa tetapi beliau memang rapat dengan gua dan sepanjang berkawan gua tak pernah cerita banyak sangat tentang perjalanan hidup gua kepada beliau..tu yang beliau terkejut..bukanlah niat gua nak meraih simpati sesiapa dengan bercerita tentang kisah2 hidup gua dulu..apatah lagi untuk meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang..ermm..ada kaitan ker??hehehe..semua sekadar perkongsian pengalaman bersama kalian semua..apa yang gua lihat tak ramai orang di Malaysia ni lebih2 lagi bangsa gua sendiri yang mempunyai sikap untuk berterus terang..semua nak dipendam..gua juga pernah merasai semua itu dan pernah memendam semua yang dirasa dan akibatnya gua hidup di dalam satu rasa yang sentiasa sakit hati dan kelam..ambil masa juga untuk gua keluar dari kepompong tersebut dan gua berjaya..tapi bukan semua yang gua dapat lupa dan lepaskan..ada juga sesetengah perkara yang still buat gua fobia..tempat jatuh lagi kan ku kenang..seperti yang gua pernah katakan di dalam post "bermula Disini" semua yang berlaku pada diri gua mungkin sekadar kisah kecil dan hal biasa ditempuhi sebagai seorang manusia..gua akui kenyataan itu..gua sudah banyak membaca buku2 atau ambil tahu kisah2 orang yang paling berjaya di dunia ini..berjaya dari segi penilaian duniawi lah..kalau akhirat gua tak tahulah..mereka semua asalnya hanyalah golongan biasa dan bukan dari susur galur yang yang berjaya..tetapi apa yang membuatkan gua kagum dengan orang2 seperti itu ialah semangat mereka..ada juga yang tidak percaya betul ke gaji gua dulu semasa bekerja di trolak country resort RM12 sehari?takkan gua nak tipu beb..member gua yang pernah bersama kerja disana dulupun baca post gua tu..memang pada permulaan RM12 sehari dan telah dinaikkan dengan bangganya oleh pihak Felda Plantation Resort iaitu sebanyak RM3..so,gaji gua ialah RM15..bolehlah..ada juga yang bagi idea minta gua filemkan kisah2 gua dulu..nak tergelak pun ade..siapalah gua beb???boleh difilemkan tapi gua nak Clint Eastwood jadi director dan Matt Dammon jadi hero..boleh lu usahakan?sebenarnya banyak lagi kisah2 yang gua tak dapat kongsikan bersama kalian semua..insyAllah jika diberikan kekuatan oleh Allah gua akan story..waktu sekarang ini gua menjaga nama2 perseorangan..gua tak mahu ganggu hidup mereka..pelik juga apabila ramai yang berminat sangat nak tahu tentang gua..sampai ada yang call tanya ada post baru tak dalam blog??suka2 jer nak tahu tentang hidup gua??hidup lu??hehehe..gurau jer..gua tak marah jika itu yang akan membuatkan lu bahagia..tetapi apa yang gua minta jangan sekadar baca sahaja tetapi jadikanlah pengajaran untuk diri masing..gua dah berjumpa dan berkawan dengan berbagai jenis manusia..yang sekadar pandai berkata tetapi bila kedepan diam seribu bahasa,yang jenis diam tetapi dalam diam dirinya mentafsir,jenis yang menikam dari belakang dan bermacam lagilah..semua yang terjadi gua cantum dan gaulkan menjadi satu pengajaran bagi diri gua sendiri dan jika lu baca jadikan pengajaran untuk diri lu juga..
lagi satu email yang diterima menanyakan tentang siapa orang2 terdekat dengan gua semasa zaman gua jatuh dulu..ermm..jika mahu disebut nama setiap seorang terlalu panjang cerita..muqadimah jer gua rasa dah setengah page ni..selepas gua berhenti dan keluar dari bumi trolak gua kembali semula ke KL..memang gua ramai kenalan di KL dan di KL jugalah tempat gua mula terjerumus ke dalam lembah kejahilan..sebelum bekerja dengan chef Susur Lee kerja gua ialah juz follow member handle function..memang dari dulu gua bersama dengan sebuah label company yang handle bab penjualan album2,function dan studio rakaman..gua juga pernah ditawarkan untuk sambung study di dalam bidang music di ICOM tetapi gua telah menolak tawaran tersebut kerana jiwa dan perasaan gua betul2 tengah kacau ketika itu..kerja pun gua tak serius tetapi nasib baiklah sahabat2 lain memahami gua ketika itu dan faham..jika soalan tadi bertanyakan tentang siapa orang2 terdekat bersama dengan gua..merekalah orang2 tersebut..gua memang banyak terhutang budi dengan mereka..gua banyak berubah pun kerana mereka..terima kasih diucapkan..
Gua yakin ramai yang pernah membaca buku bertajuk "Dare To Fail" yang ditulis oleh Billy PS Lim..dalam buku tersebut penulis telah merungkaikan bagaimana semangat berani untuk gagal itu juga adalah penyumbang kepada kejayaan kelak..jika selama ini semua orang berani untuk maju,berani untuk berusaha,berani untuk kedepan tetapi sedikit yang berani untuk gagal..bukan maksudnya lu dah berjaya tiba2 lu saje2 nak jadi gagal plak..tapi yang cuba diterapkan ialah bagaimana sebenarnya gagal itu adalah penyumbang kepada kejayaan..bila difikir balik hidup gua pun seperti itu dahulu..gua tak merasakan gaji RM12 sehari sebagai gagal..ketika gua susah gua akan terpikir yang gua dulu pernah lebih susah dari dulu..so,kegagalan masa dulu adalah penyumbang kejayaan gua pada hari ini..seorang ahli perniagaan di America yang telah banyak kali berusaha tetapi tidak menemui kejayaan dan beliau pergi membawa diri untuk menenangkan diri..beliau singgah di sebuah gereja untuk berehat dan ketika sedang duduk beliau ternampak satu perkataan dan terus bangun..sejak melihat perkataan tersebut beliau telah kembali berusaha dan telah berjaya di dalam perniagaan..perkataan apa?AMERICAN..mungkin bagi kita word AMERICAN tu tidak memberi makna apa2..tetapi bagi ahli perniagaan tersebut dengan word itu beliau telah berubah..buang huruf A.M.E.R di dalam word tersebut dan apa yang lu nampak..I CAN..itulah perkataannya..cuba lihat bagaimana dengan contoh yang biasa sahaja orang mampu untuk bangkit berubah..itulah juga yang gua lakukan..dalam perjalanan untuk berubah tu juga bermacam benda dan perkara yang gua telah korbankan..tak perlulah gua nak beritahu..pengorbanan tersebut terbayar kembali jua akhirnya..itulah sedikit mengenai kisah gua dulu..lu semua jadikanlah sebagai pengajaran..gua nak balik pekene ABC..sekian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment