Friday, April 2, 2010

Bermula Di Sini...

Bulan lepas seminar World Association Of Chefs Societies WACS diadakan di Singapore dan macam biasa gua jadi wakil kesini..alasan yang biasa juga diberi oleh rakan2 lain yang tidak dapat datang iaitu nak bawa family gi jalan2 atau wife tak bagi keluar rumah..so,gua yang masih belum berkahwin ni lah yang menjadi mangsa keadaan..sampai di Raffles Hotel Singapore lebih kurang pukul 3ptg dan di lobi hotel gua lihat wakil2 dari negara lain sudah berada disini..seorang sahabat dari norway yang pernah bersama di Norway dulu tegur gua..memang kuat betul ingatan..oleh kerana penat dan malas nak layan berbual gua dengan rasa hormat dan budiman sebagai masyarakat timur meminta kebenaran untuk check in dan naik ke bilik..sampai di bilik selepas mandi dan susun barang gua termenung diatas meja melihat kertas senarai aturcara untuk esok..penuh dengan seminar!!!argh!!aktiviti yang mungkin akan membuatkan gua tertidur dengan jayanya..so,untuk menempuhi hari esok gua memerlukan aktiviti yang akan menyegarkan badan pada hari ini..setelah berfikir apa yang nak di buat gua mengambil keputusan untuk zzzzzzzzzz......



pagi yang tenang dan mendamaikan..malam tadi gua terpaksa berjalan lebih kurang 3km untuk cari kedai makan masakan melayu..di hotel memang ada disediakan dinner tetapi timbul pula rasa was-was untuk makan di hotel lebih2 lagi di singapore ni yang belum tentu ada sijil halal atau tak?bfast gua tadi ialah toast peanut butter dan garlic butter..yummy!!buka sahaja pintu lif kelihatan penuh dengan chef2 yang berpakaian segak putih sama seperti gua..ucapan good morning yang keluar dari mulut sebelum gua masuk melangkah ke dalam lif..sampai di lobi kami semua menuju ke tempat yang sama untuk mendaftar diri sebelum masuk ke dewan seminar..di dalam dewan meja hadapan gua melihat presiden WACS Chef Gissur Gudmundsson sedang berbual..seorang chef yang digelar genius di dalam bidang masakan..tiba2 seseorang memanggil nama gua..Chef Susur Lee..!!kami berpelukan seperti adik dan abang..sudah lama tidak berjumpa kali terakhir semasa Chef Susur mempelawa gua untuk menghadiri pembukaan restoran baru beliau di Orlando US 2 tahun lepas..Chef Susur menjadi wakil US tahun ni dan untuk pengetahuan beliau mempunyai 3 kerakyatan iaitu US,China dan Singapore..bayangkanlah seorang yang ada 3 negara dan negara2 tersebut mengambil beliau kerana kepakaran dan kemahiran beliau di dalam bidang masakan..seorang yang telah banyak membantu dan mendidik gua juga..sedang berbual pengerusi mengambil tempat untuk memulakan seminar dan gua mencari dimana meja yang ada lebel bendera negara gua..tak perlulah nak story tentang apa yang kami seminar..buat penat je nak menaip..

selepas lunch gua pergi ke smoking zone untuk merokok dan ketika baru sahaja nak melangkah masuk 3orang awek datang pada gua..rupanya mereka dari Singapore Culinary School dan bertujuan untuk bergambar berbual dengan gua sedikit..popular gak gua ni..hihi..lama juga kami berbual sehinggakan gua terlupa untuk merokok..jam 3ptg seminar akan bersambung dan gua meminta kebenaran untuk masuk ke dewan..sebelum pergi salah seorang dari awek tersebut tanya gua..bagaimana chef mula2 terlibat dalam dunia culinary ini sehingga sampai ke tahap sekarang?soalan yang telah membuatkan gua terdiam dan pandang tepat ke dalam mata dia..gua bagi addrss blog gua ni dan facebook..gua akan bagi jawapan di dalam blog..tu jawapan yang gua berikan..mereka terus beredar dan tersenyum..gua plak yang terdiam disitu..dalam kepala gua cuba mengingat kembali bagaimana semuanya bermula...



sewaktu hari pertama di dalam darjah 2 bersekolah di Sek Keb Felda Bukit Tajau Maran Pahang cikgu kelas telah membuat sesi suai kenal dan semua murid diminta beritahu nama dan cita2 ingin jadi apa bila dah besar nanti..semua rakan2 pada ketika itu yang lelaki bagi jawapan nak jadi doctor,cikgu atau askar..murid perempuan pula bagi jawapan ingin jadi cikgu,nurse atau doctor..tiba giliran gua terus gua bangun beritahu nama dan berkata ingin jadi tukang masak..terus gua ditertawakan oleh semua murid..pada masa itu gua tak tahu lagi nak sebut word Chef..merah padam muka gua menahan malu dan tiba2 cikgu kelas datang pada gua dan cakap cikgu akan mendoakan agar cita2 gua tercapai sambil meminta kelas diam..kenangan yang tak mungkin akan gua lupakan..

memang dari kecil gua minat dalam bidang masakan..ingat lagi sewaktu arwah ayah bawa kami bercuti di Melaka dan menginap di hotel..ketika sedang berjalan di sekitar hotel gua ternampak seorang lelaki berpakaian serba putih dan bertopi tinggi sedang bakar BBQ item di atas grill..gua datang pada lelaki tersebut dan tanya "abang ni tukang masak ke?"beliau tersenyum dan membengkokkan sedikit badan mengikut ketinggian gua pada ketika itu dan berkata "adik nak jadi tukang masak?"gua anggukkan kepala dan beliau membawa gua masuk ke dalam dapur di hotel tersebut..tulah kali pertama gua lihat kitchen di hotel..terus timbul perasaan kagum dan teruja..sejak dari peristiwa itu gua terus tekadkan di dalam hati ingin jadi seorang chef..

gua lahir di dalam sebuah keluarga yang berasal dari negeri Johor dan orang johor memang terkenal dengan selera yang tinggi dan kepelbagaian makanan..mengikut cerita nenek moyang gua dulu pernah bekerja sebagai tukang masak untuk keluarga diraja siam sebelum mereka lari dari istana kerana tidak tahan dengan cara hidup istana yang banyak protokol dan adat..nak tahu cerita lebih tanya nenek gua..so,darah sebagai tukang masak itu memang lahir dari dulu lagi dan terus meresap ke dalam diri gua..tapi gua tak pernah lah masak di istana..dipendekkan cerita selepas tamat SPM gua terus bekerja sebagai Kitchen Helper di Trolak Country Resort Sungkai Perak dan sekarang telah ditukar kepada Trolak Residence..di situlah gua berguru dengan abg epol ketua chef disitu..boleh dikatakan abg apol org pertama lah yang telah memperkenalkan gua kepada dunia masakan ni..kerja gua setiap hari ialah potong ayam 5o ekor,siang ikan 2 tong dan potong sayur..gua juga kene siapkan barang untuk dimasak oleh chef..setiap hari balik rumah ibu gua mengadu badan gua berbau hanyir..hehehe..abg epol juga yang telah mengajarkan gua apa itu sos2 masakan western seperti thousand island,mint,brown,hp dan bermacam lagi sos..pada ketika itu gua dapat buat thousand island pun dah bangga beb..

lama juga gua bergelumang di belakang dapur sebelum gua dibenarkan untuk memegang kuali,periuk dan sudip..pada masa itu tugas gua membantu chef masak dan gua mengambil peluang untuk melihat setiap bahan2 yang digunakan oleh chef tersebut ketika memasak..gua hafal dan balik ke rumah gua akan tulis ke dalam buku nota..dipendekkan cerita lagi..4 tahun gua bekerja disana dan gua telah keluar pada trolak dengan jaya dan harunya..huhuhu..pada masa itu ramai sahabat gua yang lain still study lagi dan bertanya pada gua..memang tinggi keinginan gua di dalam hati untuk sambung study lebih2 lagi di dalam bidang culinary ni..pernah gua gunting setiap iklan kolej2 swata yang menawarkan cos culinary di dalam paper untuk gua hubungi..apabila gua call macam biasalah yuran pendaftaran diantara 2k-5k..pada ketika itu juga arwah ayah gua menghadapi masalah dan dalam waktu yang sama adik beradik lain juga study..arwah ayah dengan jujur beritahu tidak mampu untuk support gua..gua memahami itu..

selalu juga gua diperli oleh sahabat2 lain yang study..kadang2timbul perasaan jeles apabila melihat orang lain sibuk bawa buku kehulu hilir atau adakan study group gua plak juz kerja biasa jer..pada ketika itu gua mengaku gaji gua ialah RM12 sehari..setiap bulan masuk ot dan yang lain dapatlah RM500..nasib baik rumah disediakan di dalam kawasan resort..gua berhenti dari sana pun menghadapi masalah yang besar..tak perlulah nak story buat sakit hati je!!selepas gua setlekan masalah2 tersebut gua ingin kembali ke dalam dunia masakan..gua berhijrah ke KL dan stay bersama dengan sahabat di sana..di KL gua round ke setiap hotel2 untuk mencari kerja..berbekalkan sijil SPM dan sekeping surat pengesahan yang mengesahkan gua pernah berkerja di trolak gua terjah ke hotel2..sedih pulak part ni..gua telah dihalau oleh HR di 6 buah hotel kerana tidak mempunyai sijil di dalam bidang culinary..hhmm..gua mengaku pernah menangis kerana kejadian tersebut..tiada siapa yang memahami kita..tetapi gua teruskan juga untuk memnita kerja..

pada suatu hari gua pergi the mines kerana dapat tahu ada pertandingan masakan..disitu lah mula2 gua berjumpa dengan Chef Susur Lee..beliau pada hari tersebut telah mempamerkan kehebatan skill dalam masakan dan telah membuatkan gua betul2 teruja melihat..ketika Chef Susur sedang minum gua pergi ke arah beliau dan terus tanya boleh tak gua bekerja dengan beliau?entah darimana datang semangat yang berani seperti itu dalam diri gua..mungkin kerana minat gua yang mendalam terhadap dunia masakan ni tetapi tak dapat peluang lagi..Chef Susur tersenyum dan tanya balik gua asal dari mana?bila gua cakap asal dari JB terus beritahu mempunyai sebuah restoran di Singapore dan gua boleh mintak kerja disana..bermulalah gua hijrah kembali ke tanah kelahiran..


like it??

memang gua ramai saudara mara di JB coz gua orang Johor..berpandukan kad yang telah diberikan oleh Chef Susur gua masuk ke Singapore..sampai di restoran yang tertulis dengan besar word SUSUR gua melangkah masuk..di dalam kelihatan Chef usur sedang briefing bersama dengan staff yang lain..nampak je gua beliau terus panggil gua masuk ke bilik dan bagi sehelai baju chef..yang mengejutkan gua ialah semua staff di restoran tersebut terdiri dari bangsa cina dan orang putih..tanpa Chef Susur bertanya apa2 soalan pada gua dan tanpa bertanya sijil apa yang dibawa beliau membawa gua ke butcher room..arahan yang diberikan ialah cuci semua chiller dan fridge disini..memang kepakaran gua tu..hehehe..hampir sebulan gua bekerja di restoran SUSUR dan apa yang gua lihat ialah Chef Susur seorang yang begitu taksub kepada makanan..bagi beliau setiap hidangan yang dihasilkan ada jiwa beliau di dalam tu..beliau juga terkenal dengan sos2 yang duhasilkan dan seorang yang pakar di dalam pembuatan sos2 masakan cina..pernah beliau bertanding di dalam rancangan Iron Chef dan beliau telah mencabar Chef dari France untuk berlawan masakan..beliau telah menang dengan bangganya..bukan senang untuk mencabar Chef dari France yang terkenal dengan culinary art tetapi beliau telah berjaya..

Chef Susur juga seorang yang tegas!!!pernah beliau memanggil dan minta gua masak satu menu dan cakap bila dah siap panggil dia..bila gua dah siap masak gua panggil beliau rasa masakan tersebut dan terus campak ke dalam tong sampah!!do it again!!tu yang keluar dari mulut beliau..gua pun buatlah lagi dan bila dah siap beliau rasa dan terus cakap "food yang u masak ni hanya anjing yang makan"Argh!!!dipendekkan citer lagi 5 kali gua masak makanan yang sama dan kali kelima itu jugalah baru beliau kata ok..tu je??hari esoknya chef Susur memanggil gua di dalam bilik beliau..gua masuk je beliau mempelawa duduk dan terus meminta maaf kejadian semalam..terkejut gua..why??Chef Susur cakap 1st yang gua masak tu sebenarnya dah ok cuma beliau mahu menguji gua..huh!!beliau juga berkata ketika gua datang pada beliau semasa di KL dulu dan terus tanya nak bekerja beliau nampak semangat yang tinggi dalam mata gua..bangga beb masa tu..rupanya ketegasan yang ditunjukkan pada gua 3 bulan pertama oleh Chef Susur ialah untuk menguji gua tahan atau tidak bekerja dengan beliau..sejak dari itu gua mula mesra dengan Chef Susur dan beliau tidak pernah kedekut dengan ilmu..malah gua yang melayu ni kalah dengan beliau apabila kami food testing malay food..memang beliau seorang yang genius..!!!


Chef Susur sedang memberi penerangan..mula2 gua kenal ingatkan sifu kung fu manelah..?

lama juga gua bekerja dengan Chef Susur..pernah satu ketika beliau membawa gua pergi ke US..disana kami tinggal di rumah keluarga besar beliau..gua juga dibawa ke cawangan restoran SUSUR di bandar Orlando..disana jugalah gua berjumpa dengan idola2 gua dalam bidang masakan seperti Chef James Strobant,Chef Jamie Olliever,Chef Santamaria,Chef Emanuel Phips,Chef Han dan Chef Louis Perrotte..pada suatu malam Chef Susur telah membawa gua pergi berjalan ke area Chinatown..memang meriah kawasan tersebut..tiba di satu kawasan Chef Susur tunjukkan pada gua deretan kedai2 makan di dalam sebuah lorong..tiba2 beliau terdiam..lama juga beliau termenung dan tiba2 keluar dari mulut beliau "disinilah saya bermula sebagai Chef"beliau juga berkata sijil hanyalah sehelai kertas biasa..student yang belajar 3 tahun di kolej dalam bidang culinary tak akan sama dengan seorang yang bekerja 3 tahun juga di hotel2 atau restoran2..sebenarnya gua pernah cerita pada beliau kisah bagaimana gua telah dihalau dengan jayanya dari hotel ketika interview kerana tidak mempunyai sijil dan kisah bagaimana sehari sebelum interview gua pergi ke kedai buku KLCC baca dan hafal buku2 tentang masakan coz gua tak mampu beli..kisah juga bagaimana gua pinjam buku2 dari seorang kawan yang study di Uitm ambil culinary dan gua fotostat setiap helai di dalam buku tersebut..apabila Chef Susur berkata seperti itu tiba2 timbul idea baru dalam kepala gua..gua meminta kebenaran untuk bercuti selama 2 bulan untuk gua round keliling Malaysia kaji tentang masakan Melayu..dah macam student U plak..?panjang plak nak cerita segala pengalaman dan kenangan sepanjang 2 bulan tersebut..insyAllah lain kali jika ada masa..tetapi 2 bulan tersebut telah memberi makna dan bermacam perkara baru gua belajar bukan sahaja tentang dunia masakan tetapi belajar untuk muhasabah diri gua ni..selepas itu gua kembali ke Singapore dan gua dapat ofer dari sebuah hotel di France untuk berkhidmat disana..menitis air mata gua tidak sangka gua telah diangkat sebegitu tinggi sekali..Chef hotel di France tersebut merupakan sahabat kepada Chef Susur..dalam ramai2 staff di restoran SUSUR gua yang dipilih oleh Chef Susur..lagipun gua boleh dikatakan baru lagi bersama dengan beliau..dalam saat gua nak meraikan saat2 tersebut tiba2 dapat call dari seorang kawan di KL yang ofer gua untuk berkhidmat di Makkah al Mukaramah Arab Saudi..dengar nama mekah je dah meremang bulu roma gua..waktu tu gua boleh dikatakan jahil lagi..sekarang dah dapat 2 ofer..adoi!!!pening kepala gua pikir nak pilih yang mana dan ketika gua bersembahyang di masjid As Syahqirin KLCC selepas solat ada kuliah..dalam kuliah ada menyatakan jika dalam keraguan untuk memilih sesuatu lakukanlah solat sunat istiqarah..gua terkejut seolah ustaz tu tahu dilema yang gua hadapi sekarang..Allah maha mendengar..selepas menunaikan sunat istiqarah jawapan yang gua terima ialah lambaian kaabah..lagi panjang kalau nak cerita tentang semua pengalaman gua semasa di mekah..gua sampai di tanah suci dengan 2 janji..1st,gua nak bekerjalah..2nd,gua akan mengambil kesempatan ini untuk lebih dekat kepada Allah kerana hanya hamba yang dipilih oleh Allah sahaja dapat sampai ke tanah suci mekah dan gua yang dipilih..walaupun gua pernah alpa dan hanyut di dalam zaman kejahilan tetapi Allah telah menunjukkan jalan di tanah suci inilah untuk gua membersihkan segalanya..ni macam dah lari ke cerita bab mekah jer???

Chef Susur tidak marah langsung gua menolak tawaran ke France..walaupun gaji yang akan gua terima jika ke France apabila balik ke Malaysia cukup untuk gua beristeri 4 sekaligus..hehehe..ke situ lah plak?beliau tetap memberikan galakan dan semangat pada gua..gua juga dipilih oleh Chef Susur untuk jadi asistant beliau bertanding di pertandingan masakan anjuran WACS di France..sampai juga gua kat France..jari gua dah semakin kebas menaip ni..cukuplah rasanya serba sedikit kisah gua untuk lu semua baca..thanx coz baca sehingga habis..kepada student SCS yang menanyakan soalan gua harap korang berpuas hati dengan jawapan gua ni..pada gua ni bukan jawapan tetapi sekadar perkongsian pengalaman..pengalaman ini pula cukup panjang dan memang tidak akan cukup walau sejuta helai kertas sekalipun untuk ditulis dan dikarang..gua hanya bercerita apa yang penting sahaja dan yang tak penting atau yang terlalu sakit untuk dicerita biarlah gua seorang sahaja yang tahu..jeritan batinku..batinku jelah yang tahu..gua yakin ramai lagi diluar sana yang mungkin lebih dahsyat dan lebih susah perjalanan hidupnya..segala yang gua lalui mungkin bagi sesetengah orang hanyalah sekadar sedikit cebisan kecil..tetapi bagi gua walau sekadar hanya sedikit cebisan kecil telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri gua..dalam kitchen dulu ketika memegang pisau dan jika tangan terluka akibat terkene pisau gua rasa yang lebih sakit dan perit jika luka itu kecil berbanding jika luka itu besar..ada otak pakai..ada telinga dengar..ada mulut diam..ada tangan garu..ada kaki goyang..
life is great!!!

2 comments:

  1. sungguh menyentuh qalbu coretan tuan ini,
    rabbi yassir wala tuassir

    akhi FAIZAL MAJID

    ReplyDelete
  2. syukran ya syeikh..stiap org ade kisah trsndiri..

    ReplyDelete