lama gak gua tak membebel di dalam ni..sibuk sedikit dengan urusan dunia yang tak pernah habis dan selesai ni..yang akhirat gua cuba juga cari walaupun sentiasa sibuk..ramai juga yang call tanya ada tak post terbaru dari gua?jawapan yang gua beri ialah tiada dan gua memang tiada masa untuk menaip..kenapa lu sibuk sangat nak tau tentang hidup gua!!!marah??hehe..gua saje test..tak salah pun jika lu semua nak ambil tahu tentang perjalanan hidup gua..gua nak sentuh sedikit tentang satu golongan manusia yang sememangnya gua sakit hati,menyampah dan rasa jelak untuk didekati iaitu golongan yang hipokrit dalam persahabatan..lu tahu tak maksud hipokrit?kalau tak tahu cari dalam kamus dewan..
sepanjang hidup gua dah berjumpa dengan ramai golongan seperti itu dan tindakan yang gua ambil apabila berdepan dengan mereka ialah mendiamkan diri dan hanya melihat sifat kebodohan mereka itu..dulu gua ramai dikelilingi dengan golongan seperti ini yang di depan gua mengaku sahabat baik,bila tiada duit pau rokok dan gua bagi,di depan gua sentiasa tersenyum lebar dan berlakon susun bicara seolah lu paham gua..tetapi di belakang gua lu hampeh!!!ikutkan hati nak je gua bagi sebiji bila berdepan dengan mereka tapi kalau buat macam tu gua plak yang akan jadi bodoh..so,gua juz mendiamkan diri..memang gua akui gua ni bukanlah seorang yang terlalu sempurna untuk menilai kesempurnaan or kekurangan yang ada pada orang lain tapi gua ada tubuh dan sihat dan akal yang waras untuk menilai dan mentafsir sesuatu..gua seorang yang serius pada nilai persahabatan kerana bagi gua persahabatan yang terjalin seperti satu ikatan ukhwah yang baru dan Islam pun menggalakkan itu..tetapi bila wujud golongan yang tidak faham dan ambil ringan semua tu gua rasa sakit hati sangat..
contoh semasa zaman gua susah dulu..ramai sahabat yang lari tinggalkan gua dan ada sesetengah tu juz pandang gua dengan sebelah mata..seorang pun tak datang pada gua disaat gua memerlukan lu semua..bukan setakat lari tetapi ada yang menghina..lu ada tanya kenapa gua buat macam tu?lu tak tanya pun apa yang terjadi pada gua?lu terus meninggalkan gua..lepas tu macam2 didengar tentang gua..banyak yang buruk dari yang baik..mereka bercerita seolah mereka kenal dan faham sangat dengan Mohd Syahrizal Bin Mohd Aliman..!!!keputusan yang gua ambil apabila menghadapi situasi seperti itu ialah menjauhkan diri pergi sejauh yang mungkin..
sekarang bila gua dan senang gua pun sengaja datang jumpa mereka..masa tu pakailah smart skit berbanding penampilan gua yang biasa selekeh ni..biar selekeh janji poket tebal..hehehe..mereka nampak je gua ada yang sampai tahap peluk gua tu..yang makcik2 ada yang siap mengaku anak..huh!!!ada tu yang salam dan cakap kuat2 pada orang lain inilah Bobs sahabat aku yang paling baik..BULLS**T!!!dalam hati gua pada masa tu nak je gua flying kick orang seperti itu..masa gua susah dan memerlukan semua lu makin jauh dan hina gua..gua dah senang tiba2 keluar dari mulut lu gua adalah sahabat lu..tu yang dinamakan hipokrit..sejujurnya gua tak menyesal pun jika tak dapat kawan dengan orang seperti lu..ramai lagi sahabat2 lain yang memahami gua,yang tegur gua bila gua buat salah..bukan mendiamkan..yang berani pukul gua jika perangai gua melampaui batasan..yang sanggup kongsi 1 bungkus maggi dengan gua..yang ketawa disaat gua sedang ketawa dan menangis disaat gua menangis..yang sedia menghulurkan tangan untuk gua gapai disaat gua jatuh terduduk..yang duduk bersama dengan gua disaat gua merasa keseorangan..yang tidak mengharapkan balasan di atas pertolongan yang diberikan..itulah yang dinamakan sahabat sejati..alhamdulillah gua sudah berjumpa dengan orang2 seperti itu dan kami selesa bersama..
bagi golongan hipokrit tersebut lu teruskanlah dengan lakonan lu tu..lu memang tak akan nampak kebodohan lu sendiri kerana bagi lu semuanya adalah betul tentang diri lu..yang menilai siapa kita dan perangai kita ialah orang di sekeliling kita..manusia ni bila disuruh puji diri sendiri laju jer..gua tak menyesal sedikit pun tidak dapat berkawan dengan orang seperti lu..sekarang gua hidup di dalam suasana yang mendamaikan dan ketenangan yang berpanjangan..gua harap ianya berterusan..jangan ganggu hidup gua k..i`m not a troublemaker..but if u cross me..u`re in trouble..!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment