Wednesday, April 28, 2010
Physcology Makanan
ketika sedang makan satay Haji Samuri di Bandar Baru Bangi bersama dengan seorang teman tiba2 beliau bertanya "enta Chef kan?apa yang sedap sangat dengan satay Haji Samuri ni?"soalan lazim yang biasa ditanyakan kepada gua oleh rakan2 ketika makan di warung,restoran atau hotel..gua tak salahkan mereka apabila bertanya soalan seperti itu kepada gua kerana memang mereka ingin tahu bagaimana penilaian rasa dari gua seorang Chef seperti gua ni..walaupun sudah lama juga sebenarnya gua telah meninggalkan dunia masakan dan lama juga tidak memegang kuali,wok dan sudip..berbalik kepada soalan yang ditanyakan sahabat tadi dengan terus terang gua katakan bahawa satay tersebut bukannya sedap sangat juz nama Haji Samuri atau gelaran Satay Kajang yang menjadikan satay tu sedap..terus berubah kehairanan muka sahabat gua tersebut..dalam hati gua nampaknya gua kene xplain panjang ni..hhmmm..
gua bagi contoh bila lu makan di hotel apa yang sedap sangat food di hotel tersebut??pada gua yang pernah berkecimpung di dalam dunia perhotelan dulu dan sudah tahu bagaimana Chef2 di belakang hotel masak pada gua biasa je food yang dimasak..malah waktu rest ketika di hotel gua jarang makan di buffet untuk staff tetapi makan di warung luar dan kebanyakan warung yang gua pergi juz di tep jalan je..seorang sahabat gua dulu pernah bekerja masak untuk Queen Elizabeth dan pernah bekerja di kapal Cruise..3 tahun kepas beliau kembali semula ke Msia dan bekerja di salah sebuah hotel terkemuka di KL..gua berkesempatan berjumpa dengan beliau di hotel tersebut..ketika beliau sedang jalan di kawasan cafe sambil melihat susunan buffet untuk lunch tiba2 beliau memanggil Pastry Chef untuk berjumpa dengan beliau di dalam bilik Chef..gua pun diajak bersama di dalam bilik tersebut..duduk sahaja Pastry Chef tersebut di kerusi terus sahabat gua tu bagi arahan "everyday,i mahu u buat ice n fruit carving di tengah2 buffet..tak kiralah ketika bfast,lunch n dinner"bukan sahaja Pastry Chef tersebut terkejut tapi gua pun terkejut dengan arahan yang diberikan walaupun gua tiada kaitan sebenarnya..hehehe..selepas Pastry Chef tersebut beredar gua merajinkan diri bertanya kenapa beliau keluarkan arahan seperti itu?beliau menjawab makan di hotel ni sebenarnya biasa sahaja tetapi yang menjadikan food di hotel sedap ialah dengan menggunakan Physcology..gua diam jer dan mengharapkan beliau terus berhujah..
Macam ni..beliau sambung..apabila kita pergi ke sebuah restoran dan tiba2 ternampak tikus sekadar lalu je di depan restoran tersebut apa yang kita akan judge pada restoran tersebut?mestilah kotor walaupun tikus tu juz tumpang lalu je dan dari kedai sebelah..yang menjadikan food tu sedap selain daripada rangsangan pada lidah ialah bagaimana otak kita cuba untuk menerima..bayangkan u juz buat sandwich biasa di hotel dan di atas plate tu u garnish dengan salad,bunga dan ditambah lagi dengan vege garden..mestilah customer yang makan tu akan kata sedap padahal sandwich biasa..yang membuatkan customer kata sedap ialah apabila otak dia mentafsir garnish di atas plate sandwich tersebut yang cantik..betul juga kata2 dari sahabat gua tersebut..untuk lebih meyakinkan formula beliau gua cuba cara gua sendiri pula..hehehe..part ni yang best..pernah sekali gua handle hi-tea di hotel dan di dessert station gua dengan sengaja letak cake biasa iaitu cake pisang yang berlambak jual kat Giant tu..then gua menggunakan kepakaran hias satation tu ibarat pasangan diraja yang baru sahaja berkahwin nak makan disitu..staff2 gua terkejut tapi gua buat tak tahu je..tiba time makan gua merajinkan diri berdiri di tepi buffet sambil melayan customer yang datang..then gua berdiri di tepi satation yang khas untuk pencuci mulut seperti buah,bubur dan cake pisang tersebut..hihi..datang seorang perempuan ambil cake pisang tersebut dan cakap "sedap cake yang Chef di hotel ni buat"masa tu gua tahan je nak tergelak..nampaknya eksperimen gua telah berjaya!!! betul lah apa yang dikatakan oleh sahabat gua tersebut..
Patutlah beliau bagi arahan pada Pastry Chef supaya setiap hari ukir buah dan ais di buffet..apabila mata lu pandang semuanya cantik secara automatik otak lu akan mentafsir yang indah2 je..so,bila lu makan walaupun bubur kacang dengan roti tapi dah rasa teramatlah sedap..sekian adanya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment