Serba salah pada awalnya untuk gua taip post yang terbaru ni..suatu malam selepas Isyak gua menghadiri kuliah bulanan Dewan Pemuda PAS JB selepas kuliah gua terus berjumpa dengan tok guru bertanyakan tentang perihal ni..setelah beritahu serba sedikit jawapan yang gua terima dari beliau ialah "mahfi musykilah" dalam bahasa inggeris ertinya "no problem"
Sebenarnya begini..malam kelmarin ketika sedang berbual dengan sahabat2 seperjuangan di medan kedai mamak sambil gua pekene tosai dan teh tarik tiba2 salah seorang bersuara..
"enta pernah stay di mekah lama kan mesti banyak perkara menarik enta lalui..kongsilah dengan kami semua.."
Gua buat muka terkejut sambil menelan tosai masuk ke dalam kerongkong..bukan niat gua tak mahu berkongsi cerita ataupun kedekut ilmu tapi sebenarnya gua tak mahu lu semua cop gua sebagai seorang yang riak dan bangga..pernah gua dilabel seperti itu walaupun niat asal mahu berkongsi cerita dan sama2 dijadikan iktibar..so,selepas kejadian itu gua tak banyak buka cerita tentang segala apa yang pernah gua lalui semasa di tanah suci Mekah dan Madinah..tetapi diatas desakan ramai sahabat2 dan setelah minta nasihat penjelasan dari tok guru pada kali ini gua punya keyakinan untuk bercerita..ermm..maksud gua keyakinan untuk menaip di pagi yang hening nilah..hehehe..lagi satu nak beritahu lu semua kalau yang perasan setiap post terbaru yang gua publish dalam blog ni dibawah sekali ada tarikh dan waktu di publish kan..kalau ada yang perasan memang caca marba tak ikut tarikh dan waktu yang betul..sebenarnya gua malas edit..lepas menaip je gua akan terus publish tanpa melihat waktu dan tarikh..
Gua mulakan dengan kalimah Bismillahhirrahmannirrahim..1.30am.11 Jun 2010..
Masjidil Haram Makkah Al Mukaramah..ni pic lama gua snap..bangunan hotel di belakang tiang menara tu sekarang dah runtuh..tempat member2 usyar awek2 dari Turkey yang menginap di hotel tersebut..gua tak usyar beb..gua duk belakang je..betullah..
Ketika gua mula2 sampai ke tanah haram Mekah betul2 di sempadan Jeddah-Mekah gua terlihat signboard yang tertulis ayat bahasa melayu "Selamat Datang Tetamu Allah" terus mengalir air mata gua..nampak signboard pun nangis ke??hahaha..apa maksud tetamu??mengikut kepandaian yang gua ada tetamu ni maksudnya orang yang kita jemput datang ke rumah..tetamu datang diatas jemputan kita sendiri dan kalau suka2 je datang rumah orang akan terus dilabel tetamu tak diundang..gua menangis kerana semasa itu gua ialah tetamu Allah untuk datang ke rumah Allah Baitullah Makkah Al Mukaramah..walaupun selama ini gua terlalu jahil,banyak melakukan dosa dan kemungkaran,mempermainkan hukum2 Allah dan bermacam lagi tetapi Allah makbulkan juga doa yang pernah gua minta satu ketika dulu disaat zaman gua betul2 DOWN!!! sepanjang perjalanan menuju ke Masjidil Haram dan di dalamnya adalah Kaabah air mata gua tak berhenti mengalir..nah!! disinilah tempatnya untuk gua sujud syukur dan muhasabah diri kembali setiap kesalahan yang pernah dilakukan..
Gua turun dari van dengan memakai kain ihram betul2 di hadapan bangunan yang tertulis Hilton Makkah Hotel tempat kerja baru..ditepi gua adalah sebuah binaan yang cukup indah walaupun dilihat dari luar..itulah masjidil haram..gua bertanya kepada driver van..
"dimana kaabah nya pak? driver tu orang indon..
"kaabah nya di dalam nak" jahil betul gua masa tu..hehehe..
Sahabat gua Suhaimi yang baru gua kenal semasa di airport tadi menyapa gua yang tengah termenung dan teruja melihat apa yang ada dihadapan..inilah rupanya masjid yang paling tua di dunia..inilah rupanya bandar mekah yang menjadi impian setiap muslim untuk jejak kaki disini..inilah rupanya tanah kelahiran Rasullah SAW yang selalu dirindui..inilah rupanya tanah dimana Allah mewahyukan kepada Rasullah SAW melalui Jibril tentang agama Islam..inilah rupanya tanah yang paling dianggap suci dan di dalamnya tersimpan bermacam rahsia..gua berdiri disini..suhaimi membiarkan gua termenung sebentar melayan perasaan..
"enta dah bersedia untuk umrah?" suhaimi mula bersuara..maybe dah boring tunggu gua mendiamkan diri..
"ana sudah bersedia syeikh" word arab yang mula2 gua belajar ialah Ana dan Enta..
Suhaimi berjalan dan gua ikut di tepi..kami melalui sebuah kawasan lapang yang penuh dengan manusia sebelum sampai ke pintu yang tertulis "Babul King Fahd" ketika berjalan mata gua hanya memandang kehadapan..tidak sabar rasanya untuk melihat kaabah..suhaimi meminta selipar yang gua pakai diletakkan di dalam beg galas bawa sekali masuk ke dalam masjid bimbang hilang jika diletakkan di rak luar..melangkah masuk sahaja kaki ke dalam pintu King Fahd terus badan gua rasa lemah..
Pic umrah tahun lepas..baru lepas cukur janggut..
Ya Allah ini rupanya kaabah..badan terasa lemah dan air mata gua semakin laju mengalir..gua merasa lemah kerana terkejut melihat keajaiban Allah di depan mata..kaki gua melangkah masuk dan menuruni anak tangga untuk pergi ke tempat tawaf bersama dengan ribuan orang yang sama2 bertawaf..ilmu umrah yang diajar oleh sepupu gua imam shakir al hafiz sebelum gua berangkat kesini memang banyak membantu umrah yang pertama ketika umur gua semasa itu berusia 23 tahun..
itulah serba sedikit mukadimah saat ketika gua mula2 sampai di tanah haram Makkah..sedikit sahaja coz nanti lu semua penat plak nak membaca..ade komen2 yang gua terima dari sahabat2 yang mengadu post gua terlalu panjang..jawapan untuk komen tersebut ialah.."suka hati lah blog gua..!!!!"
sekarang masuk part kisah2 pelik dan ganjil yang pernah dialami semasa di Makkah..lagi sekali diingatkan niat gua bukanlah untuk membangga diri,riak dan takbur dengan kesempatan yang telah Allah aturkan di dalam perjalanan hidup gua ni..sekadar untuk berkongsi..
Biskut HUP SENG
Mesti ada diantara lu yang terkejut tengok title diatas..rilek beb bagi gua story dulu..untuk berkhidmat di Makkah gua juz diberi tempoh selama seminggu sahaja untuk mempersiapkan segala kelekapan dan sedikit ilmu tentang tanah haram..so,dalam tempoh seminggu tu banyak kali gua berulang alik JB-KL..selain tu berjumpa dengan orang2 penting yang akan mengaturkan perjalanan kesana dan kesimpulannya memang teramat memenatkan tempoh seminggu tersebut..
Keluar sahaja dari flight di Airport King Abdul Aziz Jeddah badan gua dah mula rasa semacam..pada mulanya gua ingatkan mungkin kerana tempoh penerbangan selama 9 jam yang telah membuatkan gua merasakan seperti itu..rupanya gua demam panas..perubahan cuaca disana juga adalah faktor penyumbang..memang serius demam sehinggakan manager mengarahkan driver hantar gua ke hospital di Makkah dan dengan rasa yang gembira gua telah diberikan cuti rehat selama 3 hari..satu pakej demam yang gua alami merangkumi batuk,selesema,pening,urat,tekak perit dan hilang keseimbangan badan..saat2 tu ketika sedang termenung keseorangan di dalam bilik mula lah gua teringat pada family di Malaysia..touching skit bab tu gua tak mahu cerita..gua tak nangislah..betul..huhuhu..
Di rumah jika demam gua suka beli biskut brand HUP SENG dan cicah dengan teh o panas..kan bila demam selera makan kurang..lu tau tak biskut tu?yang tak tahu sila cari sendiri..biskut yang dari turun temurun menjadi kesukaan gua dan nenek gua..nenek gua lagi dasyat dia makan biskut dengan asam pedas ikan..hahaha..bila gua teringat tentang biskut tu gua gagahkan diri keluar dan berjalan di sekitar deretan kedai berhampiran dengan rumah untuk mencari biskut HUP SENG..sengal gak gua pada masa tu..gua ingatkan company HUP SENG adalah eksport biskut tu ke Saudi Arabia..setiap kedai gua masuk mencari dan dipendekkan cerita hampir setiap pelusuk deretan kedai di Makkah tu gua cari tetapi tak jumpa..yang ada hanyalah biskut2 arab yang terlalu manis..gua pulang ke rumah dengan perasaan yang terlalu frust..sebelum ke makkah gua lupa pula untuk letak biskut tu dalam list senarai barang yang perlu dibawa..dalam hati gua mengharapkan jumpalah dengan biskut tu coz teringin sangat tekak ni untuk makan..
Esoknya akibat terlalu boring stay di bilik gua call Suhaimi minta bawa gua berjalan di sekitar masjidil haram walaupun gua demam..kami berjumpa betul2 di hadapan Kaabah dan selepas solat zohor Suhaimi mengajak gua ke hotel untuk berjumpa dengan bakal staff2 yang bakal menjadi anak buah gua..selepas berkenalan dan berbual serba sedikit tergerak hati gua untuk pergi ke dewan makan yang khas untuk jemaah2 umrah yang menginap di hotel makan disitu..niat gua nak tengok susunan buffet disitu..ketika menuruni anak tangga bertembung dengan suhaimi dan dia terus cakap..
"Syeikh,ada rezeki untuk enta di atas meja di dewan makan" gua terkejut..
Suhaimi terus pergi meninggalkan gua yang sedang terpinga..gua pun terus turun dan ternampak sebuah bungkusan plastik diatas salah sebuah meja yang terdapat di dewan tersebut..gua buka je bungkusan tersebut dan nampak biskut HUP SENG..!!!! tiada kata yang terkeluar dari mulut ketika itu..gua betul2 terkejut sehinggakan terduduk di kerusi..ya Allah akhirnya kau makbulkan doa dari hambamu yang hina ni..yang selama ini mempermainkan hukum agama mu..selama ini ingkar akan segala arahanmu..gua terduduk menangis sambil memegang biskut tu..tiba2 Suhaimi datang dan beliau pun terkejut melihat gua menangis..gua pun bercerita kepada beliau yang malam tadi biskut inilah yang gua cari tetapi tak jumpa..malam tadi juga gua juz berniat di dalam hati agar dapat makan biskut ni..Allah maha mendengar..
Selepas tu apa lagi beb gua dan suhaimi bancuh teh o arab panas dan sama2 pekene biskut tu..syahdu..tanyalah gua dari mana datang biskut HUP SENG tu??hehehe.. sebenarnya begini..kebanyakan jemaah dari Malaysia yang datang umrah akan membawa serba sedikit makanan dari Malaysia..duduk 2 minggu kat sini beb mestilah akan datang rindu pada makanan kita..yang selalu gua nampak jemaah bawa ialah serunding ikan dan daging,tongkat ali power root,jem kaya dan lain2 tit bits..jemaah yang biasa datang ke Makkah selalunya berbuat seperti itu coz mereka sudah faham dengan makanan2 arab yang memang tidak padan dengan selera orang melayu,banjar,jawa,bugis dan lain2 keturunan..apabila mahu pulang ke Malaysia mereka selalunya akan fisabillillah mana2 makanan lebih yang tak habis kepada orang2 Malaysia disini dan suhaimi memang sudah biasa dapat..dari situlah biskut HUP SENG tersebut tiba2 muncul tapi gua tak tahulah siapa empunya yang baik hati tu..syukran jazzilan diucapkan moga rezeki anda semakin bertambah..
lihatlah bagaimana kuasa Allah mengaturkan sesuatu..malam sebelumnya gua meminta dan Allah gerakkan hati orang yang membawa biskut tersebut untuk ditinggalkan diatas meja..suhaimi pula secara tiba2 terkeluar dari mulut beliau ketika bertembung dengan gua diatas tangga menyebut "ada rezeki untuk enta diatas meja" Allahuakbar!!!
- gua menangis kerana biskut -
Cahaya Putih
Pic kaabah yang di snap disaat metahari betul tegak diatas kepala dan suhu 45 darjah kepanasan..baru panas dunia..
Kisah ini terjadi ketika satu malam selepas Isyak tergerak hati gua untuk mengerjakan tawaf sunat di Kaabah..selepas berdiri di penjuru Hajar Aswad dan berniat kaki gua mula melangkah memulakan tawaf 7 pusingan..masuk pusingan ke 3 tiba2 tergerak kepala gua memandang ke atas langit betul2 diatas kaabah..ternampak satu cahaya putih yang turun dari langit menuju ke kaabah..gua berdiri tegak dan ketepi sedikit untuk mengelakkan orang lain yang sedang tawaf langgar gua yang sedang berdiri..memang betul cahaya putih bulat menuju perlahan dan semakin hampir ke atas kaabah..gua melihat sekeliling tiada siapa yang melihat kecuali gua seorang..untuk kepastian gua pandang lagi keatas dan cahaya putih itu semakin dekat dan dekat dan akhirnya jatuh di atas kaabah..semasa itu hanya ungkapan Allahuakabar yang terkeluar dari mulut..gua menghabiskan lagi 4 pusingan tawaf dan selesai tawaf gua berlari menuju ke arah ustaz Zoul Ihsan..beliau orang Malaysia dan sudah 20 tahun menetap di Makkah..beliau juga gua anggap sebagai abang sendiri dan merupakan seorang guru yang telah banyak mengajar gua mendalami ilmu Islam..
Jangan tanya bagaimana gua snap pic ni..selalunya polis arab akan marah jika ada jemaah mengambil pic kaabah dari dekat..ada skill tersendiri beb..nak tahu tanya orang yang pernah stay di Makkah..inilah pintu Kaabah ataupun kawasan Multazam..tempat yang paling mustajab untuk berdoa..nak tahu sesuatu..??pintu emas tu woooo..emas 500kg..
Sampai sahaja di hotel tempat penginapan jemaah beliau gua terus menerpa dan terus memeluk beliau..rasa ketakutan yang teramat sangat..setelah lega sedikit gua pun bercerita apa yang gua lihat tadi..ustaz zoul tersenyum sambil berkata..
"enta beruntung dapat melihat apa yang terjadi sebentar tadi"
Ustaz zoul memulakan..langit di atas kaabah sebenarnya terletak Baitul Makmur..kita manusia di bumi ini tawaf di Baitullah kaabah dan para malaikat diatas juga tawaf iaitu di baitul makmur..apabila tibanya hari kiamat disaat kehancuran bumi ini Allah akan mengangkat kaabah naik ke atas langit..setiap hari juga Allah akan menurunkan rahmatnya kepada setiap masjid2 dan surau2 di seluruh dunia ini..sebab itu kita diminta supaya mendekatkan diri kepada masjid kerana di dalamnya adalah rahmat Allah..masjid pertama yang Allah akan menurunkan rahmatNya adalah di masjidil haram dan selepas itu barulah Allah akan menurunkan rahmatNya pada masjid2 dan surau2 lain..dah boleh agak kan apa cahaya putih tersebut?? wallahualam..
- gua memeluk ustaz zoul -
Bunyi Pedang
Gua yakin ustaz dan ustazah semasa di sekolah dulu dah xplain pada lu semua tentang perang Uhud yang berlaku di bukit Uhud terletak di Madinah Al munawarah..selalu juga gua pergi ke Madinah jika hari cuti kerana di Madinah lah tempat suburnya Islam dan muncul pula Islam adalah di Makkah..bumi Madinah mempunyai tanah yang rata berbanding mekah yang berbukit disebabkan terletak di kawasan lembah..selain dari Makam Rasullah SAW yang terletak di dalam masjdil nabawi Madinah juga mempunyai tempat2 yang bersejarah seperti masjid Quba,bukit Uhud,perkuburan Baqi` dan banyak lagi..nak tahu tentang sejarah2 tempat tersebut lu beli buku tentang sejarah Makkah dan Madinah..
Inilah perkuburan Baqi di sebelah Masjidil Nabawi Madinah..kalau di Msia setiap kubur ada batu nesan tersendiri tapi kat sini jangan mimpilah nak letak batu nesan..peninglah kepala cari kubur ahli keluarga..
Satu hari gua bersama jemaah ustaz zoul ziarah ke bukit Uhud..di tepi makam para syuhada yang tewas di dalam peperangan tersebut ustaz zoul berserita kepada jemaah beliau tentang sejarah tempat tersebut..gua yang dah biasa dengar ustaz zoul asyik berserita perkara yang sama je setiap kali bawa jemaah ke sini pergi ke tepi bukit untuk beli teh susu..semasa dalam perjalanan ke kedai gua melalui kawasan lapang dan tiba2 terdengar bunyi seperti pedang berlaga..cukup kuat seperti bunyi ribuan pedang sedang berlaga..gua perhatikan sekeliling tak nampak pun orang main pedang kat sini..takkan lah orang nak main pedang??? gua mendiamkan diri..lama juga hampir seminit bunyi tersebut..selepas hilang bunyi itu gua patah balik ke arah jemaah yang sedang leka mendengar ustaz zoul bercerita..
Ketika mahu pulang ke hotel di dalam bas ustaz zoul duduk di sebelah gua dan bertanya kenapa muka gua pucat tadi??gua pun tak perasan yang muka gua pucat..gua pun bercerita dan seperti biasa beliau hanya tersenyum dan berkata..
"di tapak itulah terjadinya perang Uhud..Allah telah menunjukkan kepada enta sesuatu yang jarang dialami oleh orang2 yang datang ke tanah suci ini.."
"mungkin Allah mahu enta berjihad macam umat yang terdahulu dalam menegakkan islam kot?" ayat yang membuatkan gua terdiam..
Gua berlatar belakang kan Bukit Uhud..pic diambil diatas bukit para pemanah..
bila difikir balik selama ini gua dididik untuk berjihad melawan nafsu,berjihad malawan kemungkaran tetapi jarang sekali untuk digerakkan diri ini berjihad perang ke jalan Allah..itulah yang sepatutnya dilakukan dalam dunia sekarang apabila Islam sentiasa ditindas dan lemah..ramai yang mempermainkan hukum Allah dan menolak undang2 Allah..al quran dan hadis adalah sekadar hiasan sekarang tetapi tidak dijadikan panduan..
selain ltu ada juga jemaah yang bercerita dapat menghidu bau yang sangat wangi yang tiada di dunia ini di kawasan bukit Uhud..perfume Body Shop pun kalah dengan bau tersebut..hehehe..gua tak pernah pula alami..mengikut keterangan dari alim ulama disini bau tersebut datang dari para syuhada yang syahid semasa peperangan uhud..di kawasan perkuburan syuhada tersebut satu ketika dahulu pernah dilanda banjir besar dan selepas banjir surut orang ramai pergi semula kesitu dan melihat kubur para syuhada berlubang akibat hakisan..Allah maha berkuasa..ramai yang dapat melihat rupa jenazah2 tersebut walaupun sudah ribuan tahun meninggal..masih di dalam kondisi yang sempurna seolah baru meninggal..orang yang mati syahid jenazahnya tidak akan mati..gua berkesempatan juga melihat beberapa teman yang syahid..part ni tak boleh cerita lebih nanti gua dilabel pengganas plak..sekarang ni orang yang berjuang menegakkan Islam dilabel seperti itu..cukup tenang wajah mereka dan tersenyum lebar walaupun sudah meninggal..nak tau cerita sebenar belanja gua tosai dan teh tarik kita duduk dan berbual berdua..hahaha..
Bukit uhud sepanjang 7km..
Al quran jadikanlah perundangan
As suunah jadikanlah ikutan
Syahid jadikanlah cita2 dan impian
Allahuakbar!!!
-gua yang tak jadi minum teh susu-
Orang Hilang
Kes orang yang hilang memang biasa berlaku di tanah suci..ada yang ditemui dan ada yang terus hilang..yang terus hilang ada sedikit kisah untuk dikongsi..seorang pakcik yang gua bertemu di dalam masjid ketika baru sahaja selesai menunaikan solat subuh menjadi teman baru gua disini..beliau baru sahaja 2 hari sampai disini dan memang berniat mahu menunaikan umrah..ketika sedang berbual gua mempelawa pakcik tersebut untuk bersarapan hati unta dan roti arab di jalan Ghazzah..gua ofer akan bawa beliau sekali round naik kereta keliling bandar Makkah..pakcik tersebut tersenyum dan meminta gua tunggu sebentar kerana mahu berjumpa seseorang..gua pun cakaplah ok je..tiba2 pakcik tersebut pandang arah ke belakang dan meminta gua tunggu disini sebentar kerana kawan beliau sudah sampai..gua pun terkejut kenapa dia tak ajak aku sekali jumpa dengan kawan dia tu..malas nak peningkan kepala gua buat tak tahu..gua melihat pakcik tersebut memeluk seseorang tapi gua tak nampak muka sahabat beliau tersebut kerana memusingkan badan ke hadapan menghadap pakcik tersebut..
lama juga mereka berbual tapi yang peliknya mereka tak pula duduk di mana2..dari tadi asyik berdiri..selesai berbual gua melihat mereka berpelukan sekali lagi dan terus beredar..pakcik tersebut datang ke arah gua..dipendekkan cerita ketika sedang bersarapan makan hati unta tu beb..hehehe..gua beranikan diri bertanya siapa gerangan kawan beliau tu??? pakcik tersebut menghirup teh panas dan memandang gua..sebenarnya orang tadi ialah bapa pakcik..nak tersembur roti arab dalam mulut gua dengar..!!!
"bapa pakcik???" gua buat muka konfius tahap melampau..
"memang betul dia bapa pakcik..25 tahun lepas dia datang ke mekah ni menunaikan haji tapi lagi sehari jemaah Malaysia mahu pulang dia menghilangkan diri..puas petugas tabung haji ketika itu dan jemaah lain mencari tapi tidak jumpa..umur bapa pakcik ketika itu berusia 87 tahun..selepas itu jika saudara mara dan keluarga yang datang ke Makkah ni mesti akan nampak kelibat dia..pakcik pun redha dan anggap bapa pakcik sudah meninggal..tetapi pakcik tidak pernah putus doa minta Allah tunjukkan tanda jika sudah meninggal ataupun masih hidup lagi..baru2 ni pakcik bermimpi bapa pakcik minta pakcik datang ke Makkah..dalam mimpi tu bapa pakcik beritahu di mana tempat untuk berjumpa dan waktu iaitu selepas subuh pada hari ini.."
"jadi yang pakcik jumpa tadi betullah orangnya bapa pakcik? kenapa tak panggil dia kembali ke Malaysia..?" gua beranikan diri bertanya..
"memang betul dialah bapa pakcik..pakcik peluk dan dapat rasakan kehangatan tubuhnya..wajah dia tak berubah sejak dari dulu ketika kali akhir pakcik hantar dia ke airport untuk menunaikan haji.." gua bertambah kehairanan...!!!
dipendekkan cerita lagi oleh kerana malas nak story gua rujuk hal pakcik tadi pada siapa lagi kalau bukan ustaz zoul..jawapan yang diterima ialah memang ada sesetengah orang menghilangkan diri di makkah ni..golongan ahli alim ulama atau kiai yang selalu dengar cerita menghilangkan diri..tetapi jika ada saudara mara ke makkah mereka akan nampak orang yang hilang tersebut walaupun sudah berpuluh tahun hilang..tentang mengapa mereka berbuat seperti itu ustaz zoul tiada jawapan..itu diantara mereka dan Allah..Walllahualam..
-gua yang sampai sekarang still confius-
Tidak Habis Dimakan
Selain dari hobi suka termenung hobi gua yang lain ialah MAKAN..hehehe..kisah ni terjadi ketika gua dan beberapa orang teman ke kawasan padang Arafah di makkah..Arafah adalah tempat wajib bermalam bagi jemaah ketika musim haji..ketika musim haji jangan mimpilah lu nak jalan suka2 di kawasan ini coz penuh dengan jutaan manusia yang berkhemah disini..tujuan kami kesana sebenarnya ermm..xde tujuan pun sengaja gatal kaki nak berjalan..semasa mahu pulang tayar kereta gua pancit dan ketika itu hampir dengan waktu maghrib..kami buat keputusan untuk solat berjemaah dulu disini baru setle kan tayar tersebut..memang tenang dah damai dapat bersama solat di kawasan tanah yang sangat lapang..selepas solat 2 orang sahabat oferkan diri untuk menukar tayar..gua bersama lagi 2 orang juz duduk ditepi..hehehe..ketika sedang duduk mereka semua mengadu lapar dan gua pasang plan selepas setle kereta gua ni dan selepas isyak kita pekene nasi unta di Jeddah..plan gua telah mendapat undian tertinggi ketika itu..tiba2 seorang sahabat mengeluarkan sekeping roti arab sebesar tapak tangan gua..beliau cakap kalau lapar sangat kita makan sama2 sedikit roti ni buat alas perut..gua bersama 2 orang sahabat pun makanlah sambil melihat 2 orang sahabat lagi sedang memasang tayar..gua ada ofer pada diaorang tetapi masa tu tangan diaorang kotor akibat pegang tayar..
inilah rupa sebenar roti arab..yang paling besar ada sebesar dulang..makan dengan cheese atau dalca kambing..perghhh..!!!
Dipendekkan cerita selesai sahaja 2 orang sahabat tersebut memasang tayar mereka datang ke arah kami yang sedang duduk makan roti ni..mereka pun duduk join sekali makan..ketika sedang makan seorang sahabat bertanya..kenapa tak habis2 roti ni???kami semua terdiam..barulah gua dan yang lain sedar..roti tu kecik jer mula2 kami 3 orang makan..selepas tu datang lagi 2 orang makan bersama tapi tak habis2..masa tu kami semua saling berpandangan..tiba2 salah seorang bersuara inilah kuasa Allah..selepas menyedari akan perkara tersebut barulah habis roti tersebut dimakan oleh kami..jika mahu dicerita tentang keistimewaan padang arafah ni terlalu panjang..sila rujuk pada buku2 atau bertanya pada yang tahu..plan kami selepas itu untuk ke jeddah pekena nasi unta ditundakan kerana kami semua seramai 5 orang sudah kenyang makan sekeping roti yang dikongsi bersama..Wallahhualam.
-gua yang suka makan nasi unta-
Bendera Hitam
Jabal Qubais merupakan bukit yang paling tinggi sekali di kawasan Makkah..letaknya adalah berhampiran dengan masjidil haram..di puncak Jabal Qubais inilah Bilal Bin Rabah akan melaungkan azan setiap kali masuknya waktu sembahyang semasa zaman Rasullah SAW dan para sahabat..bayangkan punyalah tinggi bukit tersebut dan Bilal Bin Rabah sanggup mendaki 5 kali sehari untuk melaungkan azan..di puncak bukit tersebut telah dibina sebuah masjid yang diberi nama masjid Bilal Bin Rabah..
Jabal Qubais juga ada cerita yang tersendiri..ingat lagi kisah ketika Rasullah SAW bercerita kepada kaum Makkah tentang perjalanan baginda Israk Mikraj dari masjidil haram ke masjidl Aqsa dan seterusnya diangkat ke langit..selepas bercerita kaum musyrikin Makkah telah mentertawakan baginda Rasullah sehingga ada yang bergolek di tanah tidak dapat menahan perasaan seperti yang diceritakan di dalam riwayat..tiba2 abu lahab,abu jahal dan abu2 yang lain mencabar Rasullah supaya membelah bulan diatas langit..lantas kerana kekuasaan Allah dan mukjizat yang telah dikurniakan Rasullah membelah bulan..sebelah bahagian masuk ke dalam lengan jubah Rasullah dan sebelah lagi jatuh diatas puncak Jabal Qubais..tetapi geng2 abu tersebut tetap tidak mempercayainya dan menuduh baginda ahli sihir..
Pic lama sekitar tahun 60`an..bukit tinggi tu adalah Jabal Qubais..
Gua berkesempatan mendaki puncak jabal Qubais bersama dengan 2 orang teman..penat juga mendaki dan apabila sampai di puncak kami terus solat sunat di dalam masjid Bilal bin Rabah..selesai solat kami duduk termenung melihat keindahan dan kecantikan bandar Makkah dari atas puncak bukit..memang pemandangan yang mengasyikkan..!!tiba2 di celah batu yang besar ternampak seperti bendera hitam yang berkibar..gua terus meluru ke arah batu tersebut dan mencari tetapi tidak menjumpai apa2..2 orang sahabat lagi hanya berdiam diri..tiba2 muncul lagi bendera hitam tersebut di sebelah kanan..gua hanya mendiamkan diri..
Tanda2 kiamat itu semakin hampir ialah munculnya imam mahdi di Makkah yang datang bersama dengan bala tenteranya sambil membawa bendera hitam..gua tak nak ulas panjang hal tu coz memerlukan masa untuk study dan difahami..pesan gua kepada yang belum mengetahui tentang Imam Mahdi dan kedatangan Dajjal seeloknya lu ambil tahu..tanda2 sudah semakin hampir..
Akhi Hamid dan Akhi Surya sahabat dari indonesia..driver yang telah bertanggungjawab membawa gua ke seluruh pelusuk bumi Makkah dengan van mereka..di belakang adalah terowong jabal Al qubais gambar sekarang..
-gua yang masih jahil-
Wajah Serupa
Dalam banyak2 hal pelik yang berlaku pada gua di tanah suci kisah ni yang paling meninggalkan kesan sehingga sekarang..berlaku di dalam masjidil haram ketika baru sahaja gua selesai solat isyak..port biasa gua selepas solat adalah bersandar di tepi tiang berhampiran dengan pintu no 12..lagipun kat situ dekat dengan tong air zam-zam so senanglah gua termenung melihat kaabah sambil tangan capai air..seperti biasa gua duduk disitu sambil membaca Al Quran..sedang gua tunduk membaca tiba2 ternampak seseorang menghulur tangan untuk salam..gua sambut salaman dan dongakkan kepala melihat siapakah gerangan..??? orang itu adalah gua..!!!!!
Gua memang betul2 terkejut..susuk tubuh orang itu sama sifatnya dengan gua..dia tersenyum dan terus beredar ke tempat orang tawaf..kaki gua seolah terpaku di tempat tu tak boleh bergerak..gua hanya sekadar melihat dia pergi dan hilang disebalik orang ramai yang sedang tawaf mengelilingi kaabah..selepas tu gua terus bangun menuju ke pintu balik ke hotel..macam orang bodoh gua berjalan langsung tak bleh nak ingat perkara lain..dalam kepala gua terbayang je siapakah orang tadi..memang gua tahu di dunia ni ada 7 wajah yang serupa dengan kita..kalau betul dia tu kembar gua kenapa langsung tak bersuara..juz trsenyum dan terus pergi..arghhh!!!
Seperti biasa lagi gua start enjin kereta dan pergi ke rumah ustaz zoul..jadi mangsa lagilah beliau..sampai di rumah gua terus menceritakan perihal kejadian yang berlaku..ustaz zoul pada mulanya terdiam dan tiba2 ajak gua sama2 menunaikan solat sunat..selepas solat ustaz zoul memegang tangan gua dan berkata susuk tubuh yang gua nampak tadi adalah rupa amalan gua selama ini..jika dia datang dalam keadaan buruk dan hodoh maka itulah amalan gua..jika dia datang dalam keadaan baik dan sempurna itulah rupa sebenarnya..gua mengucap panjang dan terus mengucapkan syukur kerana yang datang tadi cukup sempurna sifat..Allah telah menerima taubat gua disini..ya Allah begitu kerdil hambamu ini..hanya sekelumit sahaja keajaiban yang Kau tunjukkan pada aku tetapi cukup menyedarkan..hanya padamu tempat aku memohon keampunan diatas segala keterlanjuran yang berulang kali..
Pada malam tersebut gua tidur di rumah ustaz zoul..kami bersama mengerjakan qiamulail dan ustaz zoul menyampaikan takzirah dan nasihat kepada gua yang jahil ni..
-gua..terima syukur taufiq ilahi-
Rasanya cukuplah setakat ini gua membebel..jari pun dah penat menaip..rokok pun dah nak habis..air bio aura pun dah tinggal sedikit malas nak ambil dari paip..mata pun dah lebam..
Sedikit pesanan kepada yang membaca..jadikanlah pengajaran setiap apa yang berlaku pada diri gua tersebut..ramai kawan2 muda bila gua ajak ke Makkah alasan yang biasa mereka beri ialah tidak bersedia lagi,takut dibayar cash disana,blum ada rezeki,tak sampai seru dan bermacam lagi..lu ingat ketika mula2 gua ke makkah dulu gua dah bersedialah semuanya??umur yang muda inilah sepatutnya untuk lu pergi ke sana dan rasailah betapa besar dan luasnya rahmat yang Allah turunkan di tanah suci itu..tentang pembalasan yang diterima terus terang gua katakan ketika mula2 disana memang macam2 yang dialami..tetapi gua pasrah dan terima setiap yang berlaku dengan hati yang ikhlas..memang gua banyak melakukan kesilapan..
Ada lagi sebenarnya keajaiban yang berlaku kepada gua tapi tunggulah part 2 pula ye..ni sebagai intro..ada masa gua membebel lagi..
Wassalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bestnye dgr cerita ke tanah suci...
ReplyDeletestakat nih belum kesempatan utk pergi lg..
jazakallah krn anta telah kuatkan lg niat ana untuk untuk dekatkan diri dgn Allah...
Moga trus dpt hidup di bwh lembayung-Nya =)
syukran..skdr prkonsian pngalaman dan dijadikn iktibar brsama..
ReplyDelete