Ikut plan asal flight gua dari Bandar Sri Begawan Brunei akan land di JB tetapi diatas permintaan seorang kawan yang meminta gua land di KL kerana ingin sangat berjumpa..so,dengan berat hati gua telah book ticket lain ke KL dan lu semua faham2 jelah betapa mahal harga ticket apabila book di saat2 akhir..dengan senang hati juga gua merasakan teringin benar ingin bertemu dengan sahabat gua tersebut yang kebetulan baru sahaja selesai pengajian di bumi para anbiya Mesir..
Sampai di LCCT lebih kurang pukul 9mlm dan seperti biasa Tune Hotel menjadi tempat penginapan gua..murah dan mudah..ikutkan hati nak stay hotel lain tetapi itu sahaja yang ada..gua dari dulu lagi tak support sangat dengan company Air Asia..biarlah gua berterus terang walau Mr Tony Fernandez bos Air Asia mengetahui sekalipun..dia buka ke blog gua ni???bagi gua biz yang dijalankan oleh Air Asia terserlah sangat cara kapitalis..ada yang nak pertikaikan???memaksa dan paksa cust untuk ikut telunjuk lu dan berselindung di sebalik ayat "now everyone can fly"seolah memberitahu kononnya tambang lu yang paling murah tetapi keuntungan yang dijana melebihi jangkauan..macam gua tak kenal jer siapa orang kuat di belakang Air Asia..si Tony tu sekadar pelakon utama di hadapan yang setiap bulan hanya stay di rumah kira untung syer lu yang tak beberapa sangat tu..
Sebenarnya gua nak story pasal lain..ter story pasal hal lain plak??inilah akibatnya bila dah lama sangat tak menulis dan berkarya..masa membataskan..selesai c/out di tune hotel gua gerak ke KLCC untuk berjumpa dengan sahabat tersebut..gua pun tak faham pada mulanya mengapa KLCC???sampai di KLCC dan setelah membayar tambang teksi yang sama jumlahnya dengan cost untuk gua lunch selama seminggu gua terus masuk ke dalam KLCC..tempat yang banyak kenangan juga sebenarnya..restoran DOME di tepi kolam besar menjadi tempat untuk berjumpa..sedang berjalan dari jauh gua sudah melihat sahabat tersebut dan makin laju kaki gua berjalan..ucapan salam dan pelukan ukhwah yang diberikan oleh beliau..tidak banyak berubah air muka beliau..kulit yang pucat mungkin disebabkan faktor cuaca di Mesir,janggut yang lebat di dagu membuktikan beliau seorang yang kuat pada sunnah dan senyuman ikhlas sentiasa terukir..itulah susuk tubuh seorang yang bernama Ahmad Fahmi..bersama dengan gua semasa di zaman Jahiliyah dahulu dan bersama hijrah ke jalan dakwah..
kenangan bersama di Makkah Al Mukaramah di hadapan istana raja Saudi..dari kiri Fahmi,gua n Mail..gua muka clean beb mase tu..misai pun xde..hehehe..
Awal perbualan berkisar tentang pengalaman ketika bersama dahulu..masing2 cuba mengenang kembali setiap detik dan saat..teringat ketika bersama duduk serumah di tanah suci Makkah..gua ketika itu sibuk dengan kerja sebagai Chef yang sentiasa keluar masuk setiap hotel di Makkah pantau masakan yang dimasak untuk jemaah umrah Malaysia dan beliau kehulu hilir membawa kitab2 belajar di Universiti Ummul Al Qura Makkah..waktu lapang kami bersama berdiskusi tentang segala hal dan kadang kala saling berdebat mempertahankan hujah masing2..beliau dengan sifat yang sentiasa berpegang teguh kepada nilai islam yang syumul dan gua yang memilih cara lain untuk berdakwah..pada awalnya cara gua yang memang tidak boleh tinggal jiwa seorang rockers menjadi point beliau untuk sentiasa menegur dan mengkritik gua..gua pula menjadikan alasan dan hujah bagaimana cara dakwah islamiyah itu perlu diubah sedikit mengikut kesesuaian zaman..cara memakai jubah kehulu hilir untuk berdakwah kurang sesuai untuk mendekati golongan muda..cara gua yang rockers lebih mudah untuk mendekati golongan tersebut dan kesempatan digunakan untuk mengajak mereka kembali kepada islam..gua dulu pernah terjerumus ke lembah kejahilan so gua tau lah..itulah hal yang selalu menjadi pertikaian diantara gua dengan beliau..
kami bercerita mengenai kisah bagaimana gua dan beliau pernah ditangkap oleh polis di Saudi kerana mengambil secara tersembunyi gambar King Abdullah iaitu raja Saudi di Jeddah..hahaha..nasib baik Pak Ali dari Malaysia Consult datang jamin..selepas itu kami telah dibebelkan dengan jayanya oleh Pak Ali..selepas kes itu juga kami telah digelar Budak Malaysia paling nakal di Arab Saudi..semasa itu gua yang paling muda pernah berkhidmat di Makkah..kisah kami terpaksa berjalan sejauh 8km di utara Madinah kerana tertinggal bas,kisah kami menjual sambal belacan kepada jemaah haji Malaysia tetapi akhirnya dengan sifat lembut hati yang ada gua lebih banyak bagi free dari jual..hehehe..ingat lagi bagaimana beliau hampir mengamuk di rumah bila dapat tahu gua banyak bagi free dan alasan yang paling biasa di Makkah iaitu "bawak bersabar sekarang kita di tanah haram"hehehe..kisah gua dan beliau hampir bertumbuk dengan seorang pak arab di depan kaabah,kisah kami bersama mendaki puncak jabal Nur pada pukul 3pagi!!tak pernah dibuat orang..kisah kami berebut seorang awek Melayu yang baru berkhidmat sebagai nurse di hospital Jeddah..part ni yang best..beliau telah menggunakan hikmat ayat power dan gua pula menggunakan kepakaran gua sebagai seorang Chef dengan selalu menghantar makanan di rumah beliau..hehehe..akhirnya awek tersebut berkahwin dengan orang kampung dia sendiri..sama2 perasan dan sama2 kecewa..hahaha..kami ketawa dengan kuat apabila bercerita mengenai kenangan2 lama tersebut sehinggakan 3 orang awek di meja sebelah menjeling..peduli apa gua??part paling best apabila beliau buka cerita ketika gua berkunjung ke Mesir untuk ziarah beliau..di tepi sungai Nil gua telah melakonkan semula watak2 di dalam cerita Ayat2 cinta..pergh!!ingat lagi tu..
Tiba2 beliau bertanya "enta ada Facebook kan?"soalan yang telah membuatkan gua terdiam sebentar..gua pun jawab ada tetapi beliau terus mendiamkan diri..memang sifat beliau seperti itu yang mahu mendengar dahulu hujah dari gua..gua mulakan hujah..sebenarnya sudah lama isu Facebook ini dibincangkan..ketika gua berkesempatan bersama dengan ust Hasrizal kami telah berdiskusi mengenai hal ini..sebelum dengan rasminya gua start buka akaun Facebook sudah ramai sahabat2 lain yang ajak gua join tetapi hati gua berbelah bahagi..keterbatasan masa juga menjadi faktor..pengasas Facebook iaitu seorang anak muda bernama Mark Zucherberg ialah seorang yang berbangsa yahudi dan kita semua ketahui yahudi memang tiada agenda lain selain daripada menjahanamkan islam..soalannya bolehkah kita sebagai seorang yang mengaku muslim ni menggunakan produk yahudi???sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al bukhari..
"Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW"
Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal..tetapi bagaimana jika yahudi menggunakan secara senyap keuntungan dari Facebook untuk terus dijadikan dana bagi memerangi islam??Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.
Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.
Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan
pengasas Facebook..Mark Zucherberg..
Yang menjadikan Facebook itu jatuh kepada haram apabila kita menggunakan ramalan nasib di dalam permainan yang ditawarkan..contoh yang selalu gua lihat ialah ramalan adakah anda gembira pada hari ini?tarikh perkahwinan?rahsia di sebalik abjad pada nama dan bermacam lagi..selain itu gua melihat jatuhnya haram pada penggunaan Facebook ialah apabila pangguna menyebarkan gambar2 yang tidak ditutupi aurat terutamanya kepada orang perempuan lah..selain itu menceritakan tentang keburukan si suami atau isteri yang sememangnya menjadi rahsia bagi rumahtangga..macam orang dah berkahwin plak gua xplain..hehehe..gua memetik sedikit dari web ust Zaharudin..
- Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.
-Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.
-Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-
a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.
d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.
Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.
sumber : web ust zaharuddin
so,terpulang pada lu semua untuk berpikir mana yang baik atau tidak..?kepada yang pernah terpengaruh tu belum terlambat lagi untuk bertaubat..gua akui ada juga akaun Facebook tetapi gua tidak pernah menggunakan Facebook untuk apa2 juga ramalan atau game yang ternyata melalaikan..yahudi dan Nasra tidak pernah leka untuk sentiasa menjadikan umat islam dalam keadaan lalai..gua sekadar menyampaikan..
Azan zohor terdengar di Masjid As Syahqirin KLCC..gua dan sahabat melangkah maju ke arah panggilan solat..persahabatan yang terjalin ini gua sentiasa berdoa akan berkekalan dan bersama dalam menegakkan daulah islamiyah di bumi yang bertuah ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
skg semua pon sibuk letak gamba hitam di profile fb.
ReplyDeleteayat lebih kurg,
Gaza, we are with u.
arh!
konon nak boikot.
hurm.
tapayahlah.
konon nak boikot,
tapi hari2 pn mengasap.
company apa ntah rokok suma tuh.
hahahahaha.
buat klaka betul.
http://harianmetroll.blogspot.com/2010/06/komik-troll-6.html
p/s; sy tidak mempunyai akaun fb.