Tuesday, May 25, 2010

Hati...Jangan Menangis Lagi..



Jangan menangis lagi...

Saat hati benar-benar di landa gelisah... gundah.. ada sesuatu yang mengganggu fikiran... atau sakitkah hatimu..?? atau peritkah hatimu..?? atau mungkin hatimu derita di kala ini...

kenapa aduhai hati..??

Apakah yang menyebabkan sakit hatimu..? atau derita hatimu..? ataupun fikiran keliru..

Wahai hati.. bila engkau memandang segalanya dari Allah.. yang mempercepatkan segalanya.. yang menimpakan ujian.. yang menyebabkan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang.. pastinya damailah hatimu jika engkau mengetahui.. kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segala2nya dengan sia-sia...
bukan Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu.. pecahnya hatimu..
mungkin itulah yang Dia mahukan..
kerana Dia tahu, hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNya..

Wahai hati..
berjalanlah dengan penuh harapan kepada Allah semata-mata..
walaupun hidup ini tak selalu bahagia..
sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak mampu lagi bertahan..
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..
hiduplah dalam iman walau hidup d penuhi godaan..
dan berpeganglah kepada Allah walau dia tidak kelihatan..
bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman..

wahai hati..
ingatlah..bahawa orang yang soleh tidak gembira apabila mendapat sesuatu kesenangan..
juga hatinya tidak berduka andai tidak mendapat apa yang di impikan..
kerana dunia tiada di hatinya..
yang ada hanyalah pengharapan kepada Allah semata-mata..

"Jangan biarkan wujudnya pengharapan di hati kita kepada manusia.. Mengaharaplah kepada Allah semata-mata.."

Aduhai hati..contohilah para sahabat Nabi saw..
apabila di beri kesenangan,hati pasti gelisah..
di pohon kepada Allah agar mendatangkan kesempitan..
kerana hati mereka bimbang andai terleka dengan kesenangan..

Bertahun-tahun cuba ku pujuk hati sendiri..
aduhai hati..ketahuilah bahawa hidup bukan hanya di sini..
di sana kekal abadi..
aduhai hati..yakinlah Allah sentiasa bersama hambaNya yang inginkan cintaNya..
bukankah keperitan itu juga dari Allah..?
bukankah kesakitan itu juga dari Allah..?
bukankah kesempitan itu juga dari Allah..?
aduhai hati..yakinlah kasih Allah itu kasih sejati..
aduhai hati..ingatlah, janji Allah janji yang pasti..

Wahai hati..manangislah penuh pengharapan kepada Ilahi..
pasti kan kau temui jalannya nanti..
wahai hati..usahlah bersedih lagi..
carilah redhaNya, sematkan di setiap sudut hati..
moga kasihNya, menyinari hari-hari yang menanti..

Monday, May 24, 2010

Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ke-38

Ahad 23 Mei 2010 Dewan Pemuda PAS Negeri Johor sekali lagi bermuktamar bertempat di Palm Villa, Bandar Putra, Kulai untuk kali ke-38.

Medan muktamar setahun sekali ini adalah medan kemuncak dalam harakah gerakan pemuda PAS Johor dalam mengembeling tenaga dan amanah yang diberikan untuk membawa mesej Islam untuk semua terutamanya rakyat Johor.

Ucaptama muktamar kali ini bertajuk 'Mendepani Cabaran, Melangkah Kehadapan' telah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil dan dirasmikan oleh mantan Ketua Pemuda PAS Pusat tahun 70-80an Dato Mustaffa Ali yang sekarang ini menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung PAS Pusat.

Beberapa anugerah kecemerlangan dan penghargaan telahpun disampaikan pada muktamar tersebut membabitkan tujuh 7 syarikat atau orang perseorangan yang banyak membantu dalam menyumbang dalam Dewan Pemuda PAS Johor.

PASTI Seri Gading terpilih sebagai PASTI yang mempunyai murid teramai sebanyak 591 orang, PASTI terbanyak pula dimenangi oleh PASTI Parit Sulung dan Anugerah Khas Pemuda 2010 dianugerahkan kepada Dewan Pemuda PAS Johor Bahru kerana berjaya melakukan perubahan dan anjakan untuk bangkit bersama-sama pemuda kawasan yang lain.

Majlis turut dihadiri oleh wakil pengerusi DAP Johor, Yb Ong Kaw Ming Adun DAP Senai, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor 2 dan 3 Ust Atan Gombang dan Hj Dzulkefli Ahmad dan turut hadi Ketua Dewan Ulama PAS Johor Ust Abdullah Hussin.


Perasmian Muktamar oleh Setiausaha Agung PAS Pusat Dato Mustaffa Ali


Pemeriksaan perbarisan hormat Jabatan Amal dihadapan perasmi Dato Mustaffa Ali


Penganugerah pangkat kepada pegawai-pegawai Jabatan Amal


Ketua Pemuda PAS Johor Bahru, Saudara Mohd Ariff Mt Hassan mewakili semua kawasan menggulung ucapan perbahasan


Ust Fakhrur Razi Abu Bakar mewakili Pemuda PAS Johor Bahru berbahas ucaptama Ketua Pemuda PAS Johor


Muktamar penuh sudah bermula


Anugerah Khas Pemuda PAS Johor 2010 jatuh kepada Dewan Pemuda PAS Johor Bahru


Setinggi-tinggi ucapan tahniah dari Rockhalal kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Bahru syeikh Mohd Ariff Mt Hassan diatas penerimaan anugerah khas Pemuda PAS Johor 2010..kepada semua AJK dan rakan seperjuangan yang bersama di dalam dewan pemuda JB marilah kita bersama untuk lebih maju kehadapan dalam menegakkan daulah islamiyah di negara ini..harga bagi sesebuah perjuangan itu ialah keperitan tetapi disebaliknya adalah kemanisan dan keindahan..Allahhuakbar!!!

Saturday, May 22, 2010

Tuesday, May 18, 2010

Hikmah Di Sebaliknya



"ok,u tunggu i di bawah"

ayat dari seorang gadis bernama Yvvone yang keluar di inbox Hphone gua..ikutkan hati nak je gua reply "lambat lg ke?"tapi bila difikirkan balik seeloknya baik gua tunggu kat lobi ni walaupun sebenarnya gua cukup malas dan menyampah menunggu seseorang yang bernama perempuan..sedang menunggu dalam kepala gua cuba mengingat kembali saat fauzi send msg..

"ana hrp sgt enta dpt tlg ana syeikh..ana mesti balik ke KL skrg ade hal yg btul2 urgent" msg pertama dari fauzi..

"ana x kisah bleh je tlg..tp yg mmbuatkan ana musykil nama org yg ana nk jumpa ni Yvvone kn n dia n family nak pergi umrah..tapi kenapa nama dia Yvvone???" gua membalas..

"ana pun tak pasti sebab tu ana sendiri yg nk jumpa dgn Yvvone utk dptkan kpastian tp tibe2 ade hal lain..ana hrp enta dpt handle.."

kalau ikutkan memang bukan kerja gua dan fauzi untuk berjumpa dengan cust yang ambil pakej umrah di company gua..tetapi disebabkan gua tengok semacam je tu yang kami decide untuk berjumpa sendiri..dalam perjalanan ke apartment sini tadi kepala gua melayang memikirkan siapakah gadis yang bernama Yvvone?kalau dia dah convert dalam islam mengapa nama dia tak mencerminkan seorang muslim or muslimah..takkan tiada seorang pun orang di jabatan agama yang menegur..?

rokok di jari semakin habis dan ketika gua bangun menuju ke tong sampah untuk membuang puntung rokok hphone berbunyi terpampang nama Yvvone..

"u di area mana?" suara lembut seorang gadis..

"i betul2 berada di tepi exit door" gua membalas..

tiba2 datang ke arah gua seorang gadis berbangsa cina yang memakai baju kurung labuh berwarna merah dan bertudung litup putih berjalan sambil tersenyum..gua berdiri terpacak di situ..sungguh ayu wajahmu Yvvone..bukan senang sebenarnya melihat seorang gadis berbangsa cina seperti itu..ketika melihat Yvvone berjalan di dalam hati gua menyanyikan lagu "you`re beautiful" dari James Blunt"...hehehe..

"Assalamualaikum" Yvvone memberi salam..

"waalaikum salam" gua membalas..

"sori lah buat u tunggu i lama di bawah ni..i baru lepas mandi tadi"

"its ok..memang kerja i untuk berjumpa dengan cust ni"

"so,kita nak bincang dimana..?u dah lunch??" sampai 2 soalan sekali dia dia tanya gua..

"up to you..actually i belum lunch lagi.." gua jawab balik..apasal lah gua bleh menggunakan bahasa rojak dengan minah ni..

"kalau macam tu kita lunch di cafe sebelah n bincang sekali pakej umrah company u" Yvvone beri idea yang munasabah di saat gua yang sedang kelaparan ni..

kami berdua berjalan bersama ke arah cafe yang tidak jauh di sebelah kanan gua..tiba2 Yvvone tanya soalan..

"nama sebenar u apa ya?En fauzi juz inform i nama u Bob"

"nama sebenar i mohd syahrizal bin mohd aliman tapi semua kawan2 memang dari dulu panggil i dengan nama bob" soalan yang biasa ditanya kepada gua..

"u selesa dengan nama tu?" semacam je soalan amoi ni..?

"i dah biasa dengan nama tu..tapi kalau u nak tahu ada maksud di sebalik nama bob?"

Yvvone buat muka kehairanan.. "ada maksud?"

"yuups! BOB adalah singkatan bagi Badan Orang Besar"lawak bodoh yang biasa gua buat bila ada orang tanya lebih2 tentang nama gua..Yvvone ketawa kecil dan menampakkan deretan giginya yang teratur..

kami masuk ke dalam cafe dan setelah duduk dan memesan oder gua mengeluarkan file..gua juz oder apple juice n nachos + cheese..food yang simple coz gua tak mahu serabutkan meja..nak buka file lagi..tiba Yvvone bertanya lagi..

"boleh i panggil u dengan nama sebenar..mohd syahrizal?"

gua terdiam.. "up to u..nevermind"

"kan sweet bila panggil dengan nama sebenar" memang physco minah ni!!!

"so boleh kita start bincang?"

rasanya tak perlulah gua story apa yang gua bincangkan dengan Yvvone tentang pakej umrah Al Zahabi Travel..buat penat je gua nak menaip..nanti lu semua anggap gua nak promote company plak dalam ni..sepanjang perbincangan gua lihat Yvvone cukup teliti mendengar seolah seperti gua sedang beri nasihat pada dia..setiap helaian kertas yang gua berikan pada dia untuk dilihat begitu cermat dia membelek sehelai demi sehelai..sifat kesopanan yang tinggi..

"so,u setuju dengan nak ambil pakej ni dan setuju dengan bayaran?" ayat yang dah lama gua tak keluarkan..teringat kali pertama gua serve cust masa mula2 terjun ke dalam bidang biz travel ni..hehehe..

"ok,i setuju..tapi u mesti tolong i sikit?" Yvvone bertanya..selalunya part ni yang gua paling tak suka..part bila cust akan demand lebih..

"apa yang i perlu tolong?"

"sebelum pergi umrah i nak u tolong ajar tentang semua perkara wajib umrah dan ajar i tentang mekah dan madinah"

ingatkan nak minta tolong apa lah tadi.. "sebenarnya cik Yvvone company kami memang akan beri kursus secara percuma sebelum jemaah bertolak ke mekah..bab tu u jangan risau coz yang mengajar nanti adalah imam or ustaz"

"i tahu tentang hal tu dan en fauzi pun ada inform..en fauzi pun inform i yang u pernah stay di mekah..so,i nak u yang akan ajarkan i dan family nanti" hampeh betul si fauzi beritahu orang tentang hal tu..muka gua masa tu dah berubah skit menahan rasa geram...

"i memang pernah stay lama di mekah tapi ilmu i tak tinggi sangat lah..bab untuk mengajar orang tentang rukun haji dan umrah ni biarlah orang yang pakar dan terlatih" gua bagi alasan..

Yvvone terdiam sebentar.." kalau i mahu u juga yang ajar macam mana?"

pergh!!! ayat perangkap ni..masa ni dalam kepala gua dah plan nak perangkap si amoi ni balik..

"boleh i tahu kenapa u nak i juga yang mengajar?" hehehe..gua kenekan dia balik..

"coz,i selesa bercakap dengan u n i percaya pada u..apa bezanya dengan orang yang selalu pergi ke mekah dan orang seperti u yang pernah stay di mekah?"

ceh! gua terkene balik..untuk tidak membuang masa dan bertekak mengenai hal tersebut gua pun setuju untuk menjadi pengajar khas kepada family Yvvone ni tentang rukun umrah..selain tu Yvvone minta gua bercerita mengenai mekah dan madinah dan rahsia di sebalik 2 tanah suci tersebut..tempat dan masa gua telah tetapkan iaitu di ofis dan Yvvone bersetuju..

then,kami menghabiskan sisa makanan diatas pinggan..sambil tu gua menjeling ke arah Yvvone yang sedang menghadap lasagna..begitu cermat dan sopan..sepatah perkataan pun tak keluar ketika sedang makan..apabila sudah habis dia memandang gua..

"u tak nak tanya soalan tu ke?"

gua buat muka pelik.. "soalan apa?"

"selalunya bila i berjumpa dengan orang macam u mesti mereka akan tanya kenapa nama i Yvvone?tapi i seorang muslim kan" sambil tersenyum..

"sebenarnya first time i lihat passport u di ofis i dah confius dengan nama u" gua pun tersenyum gak..hehehe..

"dalam islam tak dipaksa untuk tukar nama kan?i selesa dengan nama Yvvone..macam u yang selesa dengan nama Bob" rupa-rupanya awal perbualan tadi bila dia tanya nama betul gua ada maksud di sebaliknya..

"tapi dalam islam nama seseorang tu mencerminkan peribadi dan akhlak si penama..memang tiada paksaan tetapi seeloknya biarlah mencerminkan seorang muslim" gua mula berhujah..

"so,pada u memang salah i tak tukar nama i?" Yvvone tarik muka..

"i tak cakap pun u salah..u selesa dengan nama u tu adalah hak u..contoh seorang melayu tak bermakna dia tu islam..i pernah stay di negara arab dan i pernah jumpa bangsa arab yang bukan islam..maknanya bangsa arab tu pun bukannya semua islam.."

gua sambung lagi...

"tiada paksaan di dalam memeluk islam dan islam itu agama yang cukup mudah..tak perlu kita nak fikir2 lebih pada sesuatu perkara yang tidak penting..cukup berpegang dan berdasarkan pada Al Quran dan sunnah..kalau ada dalam Al Quran dan sunnah maka betullah..kalau tiada maknanya tak betul.." macam ustaz lah gua xplain..hehehe..

Yvvone terdiam.."u tahu dah berapa lama i memeluk islam?"

"i tahu..sebelum i issue passport u pada kedutaan saudi i dah check nama u..setahun lebih kan u dah convert?" sebenarnya fauzi yang check dan beritahu pada gua..

gua teruskan membebel..

"i respect pada u..walaupun u still baru untuk mengenal islam tetapi Allah dah buka hati u dan family untuk umrah ke mekah.."

Yvvone mendongakkan sedikit kepala.. "sebelum i convert i dah study tentang islam..i dulu study di London..di sanalah i belajar tentang islam..lifestyle hidup i dulu memang hancur..u pun fahamkan bagaimana cara hidup orang disana" terdiam sebentar..gua pun sengaja mendiamkan diri..

"i anak tunggal dalam family..di London i ambil cos Law..jarak perjalanan diantara kolej dan rumah i hampir 2km n everyday i juz big walk..beberapa block sebelum sampai kolej ada sebuah masjid..setiap kali melintasi masjid tersebut i akan berhenti sebentar untuk melihat..i berfikir mangapa islam ini walaupun telah diberi tekanan dari setiap sudut tetapi penganutnya tetap berpegang teguh..dari kecil i diajar untuk mengenal Jesus..diajar dan dididik untuk menghafal setiap ayat di dalam bible..tetapi hati i tak jumpa lagi ketenangan yang berpanjangan.."

Yvvone memerhatikan sebentar scene di luar tingkap..gua pula mencuba sedaya mungkin untuk mengingat setiap patah dan bait ayat yang dikatakan oleh Yvvone..masa ni mula timbul idea untuk meletakkan kisah ini di dalam blog gua..

"so,kalau u tak keberatan untuk jawab..bagaimana u boleh terima islam sepenuhnya di dalam hati u?

gua bertanya seolah wartawan sedang menemuramah..

"i dari kecil sudah bergaul dengan ramai kawan beragama islam..family i boleh dikatakan berpegang teguh pada ajaran bible..setiap hari isnin dan khamis family akan bawa i ke gereja..i still ingat 1st time pergi ke gereja..paderi sudah menunggu di hadapan pintu untuk bersalam dengan setiap orang yang hadir..ketika habis pun begitu juga paderi akan berdiri di pintu untuk bersalam.."

gua terkejut mendengar..cara dan sifat yang jarang sekali gua lihat pada seorang penceramah islam ketika berceramah ataupun kuliah..Yvvone menyambung..

"semasa di kota London i berjalan di setiap pelusuk untuk mencari ketenangan..tiba2 i teringat pada masjid yang berhampiran dengan rumah i terus i pergi ke sana..tiba di masjid tersebut i beranikan diri untuk melangkah masuk..seorang wanita menyambut i dan bertnya..what do u want my sister? i terkejut dan bertanya kenapa wanita tersebut memanggil i sister? wanita tersebut menjawab..walaupun kita berlainan agama tetapi islam mengajarkan untuk menghormati sesama manusia..tidak salah untuk saya mengganggap awak adalah saudara saya juga.."

hampir menitis air mata gua mendengar..begitu besar kuasa dan rencanamu ya Allah kepada seorang yang bernama Yvvone ini..

"selepas kejadian tersebut i selalu diajak untuk mendengar kuliah yang disampaikan di masjid tersebut..masjid yang selama ini i juz melihat dari jauh tetapi di situlah rupanya tempat ketenangan yang i cari selama ini..i dilayan denga baik walaupun mereka semua tahu i adalah seorang kristian..tak pernah i dipaksa oleh mereka untuk mendengar setiap ceramah yang disampaikan oleh imam di masjid tersebut..setiap hari hati i semakin hampir dan semakin rindu untuk berjumpa dengan mereka..habis sahaja kuliah di kolej i akan terus ke masjid.."

masa ni gua rasa semakin sayu mendengar cerita dari Yvvone..dipendekkan cerita setelah Yvvone melafazkan kalimah syahadah dia mula story tentang halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi apabila memeluk islam..

"setelah 2 bulan i masuk islam baru i inform pada family..my father juz diam mendengar alasan i n my mother terus menangis..sebenarnya sebelum i study di London i engaged dengan seorang lelaki yang i kenal semasa study disini..mother i risau dan marah bila i masuk islam i tak akan dapat berkahwin dengan lelaki tersebut.."

part ni yang buat gua terkejut...!!gua beranikan diri bertanya..

"so,macam mana u hadapi semua tu?"

"pada saat tu i dah kembali ke Malaysia..father i semakin jauh dari i..mother i pun sama..family tunang i apabila dapat tahu i dah masuk islam mereka memutuskan pertunangan..bila semua family dah buang i pergi ke KL tinggal bersama dengan seorang kawan yang i kenal di London..di KL i kerja di sebuah farmasi..sambil2 tu i ambil kelas malam di PERKIM khas untuk saudara2 baru..u nak tisu?"

Yvvone bersuara sambil bagi gua tisu..rupanya air mata gua mengalir..Arghh!!!! tidak!! gua menangis di depan perempuan akhirnya..record yang selama ini gua jaga pecah gak akhirnya..last gua menangis 2 tahun lepas semasa arwah ayah meninggal..menangis saat di depan kaabah tu biasalah..yang tu tak kira..hehehe..gua minta maaf pada Yvvone kerana terlebih emosi..

"its ok..i faham.." Yvvone membalas..

"i sedih dengar cerita u..kerana mempertahankan islam dalam diri u sanggup ditinggalkan family dan dari seorang yang layak digelar lawyer u sanggup bekerja di farmasi..tentang tunang u dia tak contact?"gua beranikan diri lagi sekali tanya soalan yang berkaitan hati dan perasaan..

"i tak kisah sebenarnya apabila putus tunang" sambil tu Yvvone membaca petikan2 ayat dari surah an-nissa yang banyak menceritakan tentang golongan wanita dan perhubungan..pergh!! baru setahun lebih Yvvone sudah menghafal ayat2 di dalam al Quran..

memang dirimu insan istimewa yang telah dipilih oleh Allah Y vvone..hati kecil gua berkata..

"dalam islam diajarkan setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya kan..yang penting mesti banyak bersabar..apabila i menghadapi masalah cara penyelesaian yang paling berkesan ialah sentiasa berpegang kepada ajaran islam" kata2 dari Yvvone dengan nada yang semangat..

gua teringat kuliah dari kiai haji Abdullah Gymnastiar yang pernah gua dengar semasa di mekah dulu..diantara kata2 dari beliau ialah "hati yang sakit dan jiwa yang parah tidak ada ubatnya melainkan kembali kepada islam" ayat yang lebih kurang sama dengan Yvvone..

"u nak dengar lagi cerita dari I" Yvvone mematikan lamunan gua..

"i rasa cukuplah..penat u nak bercerita nanti..tapi di kesempatan lain i nak dengar lagi cerita dari u" dalam hati sebenarnya gua nak dengar lagi tapi risau menitis lagi air mata nanti..hehehe..

"kalau macam tu u follow lah sekali kami sekeluarga ke mekah?"

baru gua teringat..gua tak tahu lagi cerita bagaimana family Yvvone pun boleh terbuka hati untuk menerima islam..akan gua minta dia cerita nanti..

"untuk trip ni i tak ikut..lagipun i jarang bawa jemaah umrah ke mekah..i juz selalu pergi sorang2 ke mekah..untuk tahun ni i akan pergi pada musim haji nanti.." gua membalas..

"selepas umrah ni bolehlah u ajar i tentang ibadah haji?"

soalan perangkap lagi ni..

"rukun dan ibadah haji lebih complicated sedikit ambil masa untuk belajar"sebenarnya masa ni hati gua lagi bertambah sayu apabila Yvvone sudah terbuka hati untuk menunaikan haji pula..Allahhuakbar!!!

"ok..take ur time..passport dan dokumen lain i dah beri so,ada apa2 lagi?"ayat dari Yvvone yang mungkin meminta diri untuk pulang..

"rasanya semua dah cukup..nanti staff i akan contact u untuk konfemkan seat n number flight..tentang kursus kita sudah deal tadi"

Yvvone pandang tepat ke dalam mata gua..dah lama sebenarnya gua tak melihat pandangan seperti itu..dia bertanya..

"u rasa i perlu ke tukar nama i?"

"depend pada u..tapi lagi sweet sebenarnya kalau i dapat panggil u dengan nama bercirikan muslimah" camne lah boleh kuar ayat macam tu dari mulut gua???

"ok,u tolong list beberapa nama untuk i pilih" WHY ME?????

dalam keadaan mengawal kejutan dan penghormatan yang telah diberikan oleh Yvvone gua mengambil sehelai kertas dan menulis beberapa nama perempuan..senang je sebenarnya gua juz ingat balik setiap nama kawan2 perempuan yang gua kenal dan yang pernah gua kenal..hampir 20 nama gua list kan..hehehe..

"ok..u juz pilih je..dah pilih jangan lupa inform" bergetar tangan gua bagi list tu pada Yvvone..

"baiklah mohd syahrizal bin mohd aliman..thanx sudi mendengar tadi..nanti kita jumpa semasa kursus.."Yvvone mula bangun..kalau tak silap baru sekali je gua mention pada Yvvone nama sebenar tapi dia dah ingat..

"ok..see ya..Assalamulaikum" gua juz tersenyum..

Yvvone menjawab salam dan menghadiahkan senyuman gak pada gua..dia terus pergi berlalu meninggalkan gua sorang2 yang masih cuba untuk menerima kenyataan tadi iaitu gua telah belajar sesuatu yang baru pada hari ini..belajar dari seorang yang baru sahaja cuba untuk mengenal dan mendalami islam..baru tetapi cukup banyak yang gua belajar dari Yvvone..

sepanjang perjalanan balik ke ofis gua still terfikirkan tentang Yvvone..ada hikmah sebenarnya fauzi ada kes urgent di kL dan gua jadi pengganti untuk berjumpa dengan Yvvone..di ofis gua serahkan segala dokumen yang diberi Yvvone pada Julia..

"awak tolong issue ke kedutaan saudi secepat yang mungkin dan jangan lupa contact jemaah inform tentang kursus umrah" arahan yang gua berikan kepada awek praktikal di company gua..teh tarik yang julia buat pada setiap pagi memang best!!!hehehe..

waktu malam di rumah selepas dinner gua still terbayangkan setiap kejadian yang berlaku pada Yvvone..di sebalik kelembutan dan ketenangan di wajah dia mempunyai hati yang kuat dan cekal..Hphone gua berbunyi seorang sahabat lama menanyakan tentang kehadiran gua untuk majlis reunion..ikutkan gua bz tetapi kerana teringin sangat hati ini untuk berjumpa dengan sahabat2 lama gua rela tinggalkan tugas sebentar..tiba2 dia bertanya "bila nak kahwin beb?" jawapan yang selalu gua berikan bila di dalam situasi seperti ini ialah "no komen"

jawapan yang telah membuatkan Farah dan seorang lagi sahabat gua iaitu Imah sudah naik jelak dan menyampah untuk didengar..hahahaha..hphone berbunyi lagi msg masuk..Yvvone send msg!!!! "i dah pilih salah satu nama yang u suggest pada i petang tadi"

"jangan buat i tertunggu" gua reply..

" ******* " Yvvone membalas balik..

hah!!! apsal lah nama ni yang kau pilih Yvvone????

Arghh!!!!

( 2.30 a.m ) in my room

Friday, May 7, 2010

Facebook

Ikut plan asal flight gua dari Bandar Sri Begawan Brunei akan land di JB tetapi diatas permintaan seorang kawan yang meminta gua land di KL kerana ingin sangat berjumpa..so,dengan berat hati gua telah book ticket lain ke KL dan lu semua faham2 jelah betapa mahal harga ticket apabila book di saat2 akhir..dengan senang hati juga gua merasakan teringin benar ingin bertemu dengan sahabat gua tersebut yang kebetulan baru sahaja selesai pengajian di bumi para anbiya Mesir..

Sampai di LCCT lebih kurang pukul 9mlm dan seperti biasa Tune Hotel menjadi tempat penginapan gua..murah dan mudah..ikutkan hati nak stay hotel lain tetapi itu sahaja yang ada..gua dari dulu lagi tak support sangat dengan company Air Asia..biarlah gua berterus terang walau Mr Tony Fernandez bos Air Asia mengetahui sekalipun..dia buka ke blog gua ni???bagi gua biz yang dijalankan oleh Air Asia terserlah sangat cara kapitalis..ada yang nak pertikaikan???memaksa dan paksa cust untuk ikut telunjuk lu dan berselindung di sebalik ayat "now everyone can fly"seolah memberitahu kononnya tambang lu yang paling murah tetapi keuntungan yang dijana melebihi jangkauan..macam gua tak kenal jer siapa orang kuat di belakang Air Asia..si Tony tu sekadar pelakon utama di hadapan yang setiap bulan hanya stay di rumah kira untung syer lu yang tak beberapa sangat tu..

Sebenarnya gua nak story pasal lain..ter story pasal hal lain plak??inilah akibatnya bila dah lama sangat tak menulis dan berkarya..masa membataskan..selesai c/out di tune hotel gua gerak ke KLCC untuk berjumpa dengan sahabat tersebut..gua pun tak faham pada mulanya mengapa KLCC???sampai di KLCC dan setelah membayar tambang teksi yang sama jumlahnya dengan cost untuk gua lunch selama seminggu gua terus masuk ke dalam KLCC..tempat yang banyak kenangan juga sebenarnya..restoran DOME di tepi kolam besar menjadi tempat untuk berjumpa..sedang berjalan dari jauh gua sudah melihat sahabat tersebut dan makin laju kaki gua berjalan..ucapan salam dan pelukan ukhwah yang diberikan oleh beliau..tidak banyak berubah air muka beliau..kulit yang pucat mungkin disebabkan faktor cuaca di Mesir,janggut yang lebat di dagu membuktikan beliau seorang yang kuat pada sunnah dan senyuman ikhlas sentiasa terukir..itulah susuk tubuh seorang yang bernama Ahmad Fahmi..bersama dengan gua semasa di zaman Jahiliyah dahulu dan bersama hijrah ke jalan dakwah..


kenangan bersama di Makkah Al Mukaramah di hadapan istana raja Saudi..dari kiri Fahmi,gua n Mail..gua muka clean beb mase tu..misai pun xde..hehehe..

Awal perbualan berkisar tentang pengalaman ketika bersama dahulu..masing2 cuba mengenang kembali setiap detik dan saat..teringat ketika bersama duduk serumah di tanah suci Makkah..gua ketika itu sibuk dengan kerja sebagai Chef yang sentiasa keluar masuk setiap hotel di Makkah pantau masakan yang dimasak untuk jemaah umrah Malaysia dan beliau kehulu hilir membawa kitab2 belajar di Universiti Ummul Al Qura Makkah..waktu lapang kami bersama berdiskusi tentang segala hal dan kadang kala saling berdebat mempertahankan hujah masing2..beliau dengan sifat yang sentiasa berpegang teguh kepada nilai islam yang syumul dan gua yang memilih cara lain untuk berdakwah..pada awalnya cara gua yang memang tidak boleh tinggal jiwa seorang rockers menjadi point beliau untuk sentiasa menegur dan mengkritik gua..gua pula menjadikan alasan dan hujah bagaimana cara dakwah islamiyah itu perlu diubah sedikit mengikut kesesuaian zaman..cara memakai jubah kehulu hilir untuk berdakwah kurang sesuai untuk mendekati golongan muda..cara gua yang rockers lebih mudah untuk mendekati golongan tersebut dan kesempatan digunakan untuk mengajak mereka kembali kepada islam..gua dulu pernah terjerumus ke lembah kejahilan so gua tau lah..itulah hal yang selalu menjadi pertikaian diantara gua dengan beliau..

kami bercerita mengenai kisah bagaimana gua dan beliau pernah ditangkap oleh polis di Saudi kerana mengambil secara tersembunyi gambar King Abdullah iaitu raja Saudi di Jeddah..hahaha..nasib baik Pak Ali dari Malaysia Consult datang jamin..selepas itu kami telah dibebelkan dengan jayanya oleh Pak Ali..selepas kes itu juga kami telah digelar Budak Malaysia paling nakal di Arab Saudi..semasa itu gua yang paling muda pernah berkhidmat di Makkah..kisah kami terpaksa berjalan sejauh 8km di utara Madinah kerana tertinggal bas,kisah kami menjual sambal belacan kepada jemaah haji Malaysia tetapi akhirnya dengan sifat lembut hati yang ada gua lebih banyak bagi free dari jual..hehehe..ingat lagi bagaimana beliau hampir mengamuk di rumah bila dapat tahu gua banyak bagi free dan alasan yang paling biasa di Makkah iaitu "bawak bersabar sekarang kita di tanah haram"hehehe..kisah gua dan beliau hampir bertumbuk dengan seorang pak arab di depan kaabah,kisah kami bersama mendaki puncak jabal Nur pada pukul 3pagi!!tak pernah dibuat orang..kisah kami berebut seorang awek Melayu yang baru berkhidmat sebagai nurse di hospital Jeddah..part ni yang best..beliau telah menggunakan hikmat ayat power dan gua pula menggunakan kepakaran gua sebagai seorang Chef dengan selalu menghantar makanan di rumah beliau..hehehe..akhirnya awek tersebut berkahwin dengan orang kampung dia sendiri..sama2 perasan dan sama2 kecewa..hahaha..kami ketawa dengan kuat apabila bercerita mengenai kenangan2 lama tersebut sehinggakan 3 orang awek di meja sebelah menjeling..peduli apa gua??part paling best apabila beliau buka cerita ketika gua berkunjung ke Mesir untuk ziarah beliau..di tepi sungai Nil gua telah melakonkan semula watak2 di dalam cerita Ayat2 cinta..pergh!!ingat lagi tu..

Tiba2 beliau bertanya "enta ada Facebook kan?"soalan yang telah membuatkan gua terdiam sebentar..gua pun jawab ada tetapi beliau terus mendiamkan diri..memang sifat beliau seperti itu yang mahu mendengar dahulu hujah dari gua..gua mulakan hujah..sebenarnya sudah lama isu Facebook ini dibincangkan..ketika gua berkesempatan bersama dengan ust Hasrizal kami telah berdiskusi mengenai hal ini..sebelum dengan rasminya gua start buka akaun Facebook sudah ramai sahabat2 lain yang ajak gua join tetapi hati gua berbelah bahagi..keterbatasan masa juga menjadi faktor..pengasas Facebook iaitu seorang anak muda bernama Mark Zucherberg ialah seorang yang berbangsa yahudi dan kita semua ketahui yahudi memang tiada agenda lain selain daripada menjahanamkan islam..soalannya bolehkah kita sebagai seorang yang mengaku muslim ni menggunakan produk yahudi???sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al bukhari..

"Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW"

Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal..tetapi bagaimana jika yahudi menggunakan secara senyap keuntungan dari Facebook untuk terus dijadikan dana bagi memerangi islam??Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.
Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.
Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan


pengasas Facebook..Mark Zucherberg..

Yang menjadikan Facebook itu jatuh kepada haram apabila kita menggunakan ramalan nasib di dalam permainan yang ditawarkan..contoh yang selalu gua lihat ialah ramalan adakah anda gembira pada hari ini?tarikh perkahwinan?rahsia di sebalik abjad pada nama dan bermacam lagi..selain itu gua melihat jatuhnya haram pada penggunaan Facebook ialah apabila pangguna menyebarkan gambar2 yang tidak ditutupi aurat terutamanya kepada orang perempuan lah..selain itu menceritakan tentang keburukan si suami atau isteri yang sememangnya menjadi rahsia bagi rumahtangga..macam orang dah berkahwin plak gua xplain..hehehe..gua memetik sedikit dari web ust Zaharudin..

- Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.

-Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.

-Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-

a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.
d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.
sumber : web ust zaharuddin


so,terpulang pada lu semua untuk berpikir mana yang baik atau tidak..?kepada yang pernah terpengaruh tu belum terlambat lagi untuk bertaubat..gua akui ada juga akaun Facebook tetapi gua tidak pernah menggunakan Facebook untuk apa2 juga ramalan atau game yang ternyata melalaikan..yahudi dan Nasra tidak pernah leka untuk sentiasa menjadikan umat islam dalam keadaan lalai..gua sekadar menyampaikan..

Azan zohor terdengar di Masjid As Syahqirin KLCC..gua dan sahabat melangkah maju ke arah panggilan solat..persahabatan yang terjalin ini gua sentiasa berdoa akan berkekalan dan bersama dalam menegakkan daulah islamiyah di bumi yang bertuah ini..