Monday, July 5, 2010
Awal Qalam
Alhamdulillah dengan segala kekuatan yang telah diberikan oleh Allah SWT akhirnya gua berjaya juga join blog ni..sudah lama sebenarnya niat dihati untuk join tetapi masa tidak mengizinkan..insyAllah di dalam ini gua akan berkongsi dengan semua segala apa yang dirasa..manis,pahit,payau,sakit,gembira,duka,tawa,tangisan dan pelbagai jenis perasa..kesimpulannya blog gua ni lebih kurang macam rojaklah..macam-macam ada..gua dan lu semua juga akui semua perasa tersebut adalah lumrah bagi setiap yang bernama manusia dan terpulang bagaimana cara kita untuk menghadapinya..gua ni bukanlah jenis seorang yang suka meluahkan sebenarnya..gua mulakan blog gua ini dengan kalimah agung BISMILLAHHIRRAHMANIIRRAHIM..
Ini blog gua
ini rasa gua
ini cara gua
ini falsafah gua
ini hidup gua
Gua...
Gua datang seorang
seorang gua datang
gua datang nak berkawan
nak kawan gua biarkan...
Gua kawan tak pilih kawan
tak kira lu Punk,Metal,Hardcore
atau layan hindustan
janji satu kepala sama kita layan
boleh kongsi teh secawan...
Gua kawan tak cari lawan
ada masalah kita selesai cara aman
tak puas hati masih simpan dendam
lu pilih nak one by one
atau kita setle cara anak jantan...
Hidup singkat lu jangan buang masa
ada masa kita senang ada masa kita susah
memang hidup macam roda ada pusingnya
tapi mahu ke kita sentiasa di bawah?
Gua nasihat sebagai seorang kawan
yang kenal apa itu erti kawan sejati
dan kawan sialan
lu nak dengar atau tak
itu lu punya pendirian
di akhirat dengan yang maha ESA
jua kita kan berdepan
-satisfaction guarantee-
Short Trip Ke Pelancaran Bantah Judi Di Masjid Negara
Biarpun kehadiran tidak ramai dari seluruh negara, ianya tidak menghalang kami untuk turut serta dalam himpunan pelancaran bantah judi yang diadakan di Masjid Negara jam 5 petang yang asalnya sepatutnya jam 2 petang terpaksa ditunda untuk menghormati majlis pengkebumian isteri kepada Mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail.
Perjalanan kami bermula dengan kembara berkeretapi seramai 6 orang dari Stesyen Kempas Baru yang bertolak kira-kira jam 12.30 tengah malam. Perjalanan tidaklah begitu selesa tetapi kalau sudah namanya musafir lebih-lebih lagi perjalanan ke medan juang semuanya dikira manis.
Perjalanan kami sepatutnya bertolak dari jam 11.50 malam yang memakan masa selama 6 jam memandangkan kelewatan dari Woodlands keretapi ini sampai ke destinasi tujuan kami di KL Sentral kira-kira jam 7.15 pagi.
Pengalaman solat didalam keretapi cukup menggamit perasaan betapa kami ini mahkluk Allah yang sangat kerdil yang senantiasa patut bersyukur diatas nikmat hidup dengan iman dan Islam. Malangnya segelintir penumpang keretapi hanya asyik dengan tidur dan termanggu keliru seolah dunia ini tiada apa-apa.
Kami disambut oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Ust Dr Md Ali Jamil bersama S/U Lajnah Kebajikan PAS Wilayah yang menjemput kami untuk bersarapan di Bandar Tun Razak dan seterusnya rehat mengganti pakaian dan solat zohor di Cheras.
Kami dimaklumkan tentang kelewatan himpunan tersebut seperti yang diceritakan diatas. Kami dihantar ke Hotel Midah untuk berjalan kaki menuju ke Masjid Negara kira-kira jam 3 petang.
Dari kiri saudara Faizal bekas setiusaha Dewan Pemuda PAS kawasan JB,saudara Ariff ketua Dewan Pemuda JB dan gua..pic diambil selesai demo..
Cikgu azmi Pengerusi Teras Keupayaan Melayu sedang berpidato dan merasmikan buku terbaru dari beliau..
Saudara Iskandar Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat
Diimport khas dari Kandahar ustaz Azli Musa atau lebih dikenali sebagai Ustaz Taliban cukup bersemangat pada hari tersebut..bekas pegawai pendaftar mahkamah di negeri Perak dan sekarang bergiat aktif di dalam politik Islam..
Ustaz Abdullah Hussin ketua Dewan Ulama PAS Negeri Johor..bersahaja tetapi penuh dengan makna..
Ustaz Ridhuan Mohd Nor exco Pemuda PAS Pusat dan seorang aktivis di bawah naungan MUSLIM CARE..bertindak sebagai tekong yang mengemudi acara pada petang itu..
Ustaz Nassaruddin At Tantawi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat..tidak pernah hilang semangat juang di dalam diri..
Sempat memberikan tazkirah sebelum turun berdemo..mengajak anak2 muda kembali kepada fitrah Islam yang sebenar..
Artikel : Jundullah
http://www.pasjohorbahru.com

Subscribe to:
Posts (Atom)